Aziman Rosdi di Bangkok
aziman@hmetro.com.my
SKUAD bawah 22 tahun negara
(B-22) gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 0-3 kepada Thailand
B-22 dalam aksi kedua Kumpulan H kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia
(AFC) B-23 di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok, hari ini.
Kekalahan itu bagaimanapun
tidak menutup peluang anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mara ke pusingan akhir
di China tahun depan.
Malaysia perlu menang ke atas
Mongolia pada aksi terakhir Ahad ini manakala Thailand akan membuat perhitungan
dengan Indonesia bagi slot automatik selaku juara kumpulan.
Malaysia kini menduduki tangga
kedua kumpulan dengan tiga mata berkongsi mata bersama Indonesia yang bangkit
selepas tumpas 0-3 kepada skuad negara Rabu lalu apabila membelasah Mongolia
7-0 pada aksi kedua.
Thailand pula muncul pendahulu
dengan empat mata selepas seri 1-1 dengan Mongolia pada perlawanan pembukaan.
Dalam perlawanan kedua
menentang Malaysia, tuan rumah dikendalikan bekas pemain import Kelantan
Worrawoot Srimaka membuka tirai jaringan pada ke ke-24 hasil sepakan kapten
Chenrop Samphaodi.
Chenrop sekali lagi menghukum
kesilapan pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya
apabila merembat bola dari jarak dekat menewaskan penjaga gol Amierul Hakimi
Awang sebelum tamat babak pertama.
Tuan rumah terus selesa pada
m-86 apabila pemain gantian Phicha Au-Tra meledak gol ketiga apabila
memanfaatkan situasi satu lawan satu dengan Amierul Hakimi.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 10:48 PM
No comments:
Post a Comment