Saifullah Ahmad
6 Julai 2017
Ahmad Shahrul Azhar
SETELAH berduka atas pemergian
bekas Pengurus Bola Sepak Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan
bekas Ketua Jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang, kem The Bos Gaurus kembali
ceria apabila menerima kehadiran orag baharu.
Nama Ahmad Shahrul Azhar Sofian
bukanlah asing bagi peminat bola sepak Perak malah dianggap legenda buat
penyokong Seladang yang dipilih menggantikan Datuk Jamal Mohd Aris.
Selain menjadi pengurus
pasukan, beliau turut dilantik ke jawatan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola
Sepak Perak (Pafa) sekali gus menjadi individu penting dalam persatuan itu.
Ikuti temu bual khas beberapa
wartawan bersama bekas pemain kebangsaan itu dalam pertemuan pertamanya dengan
wakil media mengenai perancangan dan masa depan Pafa serta pasukan Perak The
Bos Gaurus.
Boleh anda beritahu bila
tawaran Setiausaha Kehormat Pafa dan Pengurus Pasukan Liga Super ini diberikan.
Apa perasaan anda?
Sebenarnya tawaran ini dah
lama, saya rasa 4 ke 5 bulan yang lepas. Cuma saya yang lama untuk membuat
keputusan. Dua bulan lepas baru saya cuba meneliti segala permasalahan, segala
risiko yang perlu saya tanggung. Saya amanah dan tanggungjawab yang cukup berat
bagi seseorang yang nak ambil dan pikul jawatan ini. Bukan senang. Saya
mengambil masa yang cukup-cukup lama untuk membuat keputusan menerima tawaran
ini. Tawaran ini datang serentak dengan kedua-dua jawatan Pengurus dan
Setiausaha Pafa. Itu yang menyebabkan saya ambil keputusan yang lama untuk
mempertimbangkan tawaran itu.
Mengapa anda sahut cabaran
menerima kedua-dua jawatan ini?
Sebenarnya saya rasa ini bukan
peluang atau opportunity, tapi merasakan amanah dan tanggungjawab pada saya.
Itu yang perkara yang lebih besar saya fikirkan kerana untuk pengetahuan semua,
saya sudah keluar Perak lebih dari lima tahun dan saya pernah menjadi Penolong
Pengurus semasa Khairul Azwan Harun menjadi pengurus. Selepas itu saya
berkelana ke Negeri Sembilan dan Felda United. Kenapa saya mengambil amanah ini
ya? Antara sebabnya kerana saya dah menolak dua, tiga kali jawatan ini dalam
masa beberapa tahun selepas saya keluar daripada Perak. Jadi saya mendapat
nasihat daripada jurulatih-jurulatih senior, bekas-bekas Ahli Majlis, saya tak
ambil keputusan ini dengan syok sendiri. Saya ambil keputusan ini setelah
berbincang dengan banyak pihak dan mereka beranggapan saya patut datang sini
untuk membantu dengan apa yang saya ada, dengan pengalaman yang saya ada.
Mungkin pengalaman dalam bidang pengurusan itu saya cetek, tapi saya rasa kalau
ramai yang ikhlas untuk membantu, saya akan cuba yang terbaik kepada Persatuan
itu sendiri. Dengan sebab itulah ia bukan mudah untuk ambil macam anda semua
maklum kerusi ini panas, Perak ini memang keadaannya cukup panas untuk
seseorang itu duduk di kerusi itu dan dengan keadaan pasukan Perak itu sendiri,
perfomance pasukan Perak itu sendiri membuatkan keadaan itu jadi panas.
Sebenarnya persatuan ini tak ada apa saya rasa, tapi yang menyumbang ke arah
baik adalah perfomance pasukan itu sendiri. Itulah yang menentukan sama ada
persatuan itu naik atau sebaliknya. Apa sahaja perkara saya rasa bergantung
pada performance team itu sendiri. Jadi dengan sebab itulah saya membuat
keputusan untuk cuba menyumbangkan sesuatu kepada Pafa itu sendiri.
Memandangkan anda berpengalaman
sebagai kapten Perak dan Malaysia, bagaimana ini boleh membantu dalam
menjalankan tugas?
Saya keluar daripada sini, enam
tahun berturut-turut saya cuba ambil keputusan untuk mendapatkan lesen
kejurulatihan dan saya pas semua itu dalam masa enam tahun. C, B dan A. Dari
segi pengalaman satu benda yang sangat berbeza, sebagai pemain, jurulatih dan
sekarang saya dah tukar kepada pengurusan. Kesemua tiga-tiga ini sangat berbeza
dan saya harus belajar dengan cepat apa benda yang patut saya buat dan saya
kena peka dengan keadaan sekeliling apa yang berlaku. Jadi saya rasa sedikit
sumbangan saya sebagai pemain untuk jadi jurulatih, bila jadi jurulatih kita
akan bergelumang dengan pengurusan jadi di situ saya mengambil pendekatan saya
dah belajar sikit dengan Negeri Sembilan, saya belajar banyak dengan Felda
United yang kita tahu pasukan kelab organisasinya cukup cantik dan mungkin
daripada situlah saya mengambil pengalaman selama bekerja dengan mereka, saya
akan cuba terapkan ia di Pafa sendiri dan juga pada pasukan, Insya-ALLAH.
Kita sedia maklum bahawa
pembangunan bola sepak dan akar umbi sangat penting bagi sesebuah pasukan atau
kelan. Ada apa-apa perancangan untuk pembangunan akar umbi?
Saya rasa itu benda paling
penting untuk semua persatuan buat. Akar umbi penting, pembangunan penting,
cumanya bagaimana saya nak jelaskan, macam mana saya nak meyakinkan semua
pimpinan tertinggi persatuan kita yang kita perlu cari dana perlu mulakan untuk
program ini. Perlu ada gerak mula. Saya rasa, saya dah duduk dalam persatuan
ini lebih 20 tahun sebagai pemain, sebagai penolong pengurus dan hari ini saya
sebagai setiausaha persatuan dan pengurus. Saya rasa sesuatu perlu dilakukan
dan kita perlu buat untuk kelangsungan pasukan Perak itu sendiri. Tapi macam
anda cakap, saya setuju pembangunan penting dan saya perlu yakinkan pengurusan
tentang usaha pembangunan ini. Ia memang memerlukan belanja yang besar,
keadaannya seperti piramid di bawahnya yang banyak inilah pembangunan, jadi
bila kita naik akan nampak sikit. Tapi nak belanja besar ini sebenarnya.
Kebanyakan sukan dan persatuan, mereka cuma beri tumpuan pada pasukan utama.
Tapi pasukan utama kita tak boleh lupakan sebab itu keutamaan namun, yang
lain-lain kena berjalan seiring. Kita harap siapa sahaja yang terlibat dalam
persatuan, tak kira dia ada atau tak ada selepas ini, pembangunan itu akan
berjalan seterusnya. Kita boleh ikut seperti mana yang NFDP buat dan kita harap
kita pun boleh dapat blueprint daripada mereka. Insya-ALLAH saya rasa, saya pun
sebahagian daripada NFDP dan saya mengharapkan ada kolaborasi antara Pafa dan
NFDP nanti.
Setelah dilantik ke jawatan
ini, apakah anda menetapkan sasaran tertentu atau sasaran awal yang anda ingin
lihat dalam masa terdekat?
Saya dah terangkan pada staf
semalam (kelmarin), kita harus tambah baik apa benda yang Pafa dah buat sebelum
ini. Kita ikut apa yang dah dibuat. Mana yang perlu kita tambah baik, kita
buat. Yang mana tak berapa nak elok, kita cuba kurangkan. Kita harap akan dapat
repo yang baik dengan media, dapatkan info untuk kita bekerjasama dalam
memastikan persatuan berjalan dengan elok dan team berjalan elok. Saya juga
boleh bekerja dengan baik bersama anda.
Kami dimaklumkan ada ahli-ahli
gabungan Pafa yang menyatakan rungutan mereka bahawa hubungan dengan Pafa tidak
seerat dahulu, bagaimana anda mahu menyelesaikannya?
Saya baru di sini, jadi saya
pun baru dapat tahu. Insya-ALLAH saya akan berbincang dengan Presiden bagaimana
saya nak bekerja dan rapatkan balik hubungan dengan Pafa dan dengan semua ahli
gabungan. Saya dapat tahu ahli gabungan sekarang pun dah banyak, ada 18, jadi
bukan mudah untuk saya nak membuat keputusan sendiri. Tapi InsyaALLAH saya akan
cuba kembalikan repo itu dan saya rasa setelah dilantik secara sepenuh masa di
sini, saya pada bila-bila masa boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja. Itu janji
saya dan saya nak pastikan mereka hubungi saya untuk berjumpa pada bila-bila
masa, Insya-ALLAH. Tapi kita harap pertemuan itu ada sebab khusus dan dapat
menjadi perbincangan yang baik. Kita kena jaga repo dengan mereka dan mereka
pun kena ada repo yang baik dengan kita. Saya rasa tak ada masalah dari dulu
pun masa saya main (bola sepak) dah bergelumang dengan ahli-ahli gabungan ini.
Saya harap approach saya itu diterima dengan baik oleh mereka. Saya datang sini
bukan untuk gaduh dengan siapa-siapa yang ‘bunuh’ siapa-siapa sebab saya rasa
kalau tak layak orang tak panggil saya kat sini. Saya pun tak ada apa-apa di
sini. Saya nothing to lose (tak ada apa yang merugikan) sebab saya dah boleh
kerja di luar. Saya nak cuba buat yang terbaik apa yang saya boleh buat tetapi
saya perlukan bantuan dari semua pihak untuk kita dapat satu keputusan yang
lebih baik. Itu saja yang saya minta.
Anda sendiri mempunyai lesen
kejurulatihan A, B dan C, dengan pengalaman yang ada, apakah anda akan terlibat
sama dengan kejurulatihan di samping Mehmet Durokovic selaku ketua jurulatih?
Syukur Alhamdulillah. Biarpun
saya ada lesen kejurulatihan A dan B, tapi saya ada etika kerja saya. Kalau
tidak tak guna saya ambil lesen kejurulatihan. Saya tak akan mengganggu apa-apa
dari segi teknikal dan taktikal Mehmet selaku ketua jurulatih. Saya tak akan. Cumanya
saya akan berbincang sahaja dengan dia. Keputusan masih lagi dengan Mehmet
sepenuhnya menentukan kesebelasan utama dia, tactical of play dia, siapa pemain
yang dia nak bagi main itu terpulang pada dia sebab dia ada KPI (Indeks
Prestasi Utama) dia. Kita tak nak akhirnya dia hentam balik pengurusan kerana
mengganggu kerja dia. Saya tak nak. Saya akan pastikan pengurusan pun buat
benda yang sama. Jangan ganggu kerja jurulatih. Kalau rasa kita pandai, lebih
baik kita jadi jurulatih, jangan panggil dia. Betul tak? Kita dah setuju dan
kita dah tandatangan kontrak, biar dia buat kerja itu. Habis sahaja kontrak
kita nilai semula sama ada dia kekal atau lepaskan dia. Sama juga dengan
pemain, tak kira siapa pun. Itu antara border (sempadan) yang saya perlu tahu.
Saya tak akan komen terus fasal pemain atau pasukan kecuali kalau melibatkan
pengurusan, saya akan cuba komen. Saya pun akan dapatkan lampu hijau daripada
presiden sebelum komen apa-apa. Ini risiko yang jurulatih kena buat. Kita tak
boleh persoal keputusan yang dia buat kerana dia lebih tahu kerana pemain
sentiasa dengan dia. Sebenarnya dalam padang ada satu jurulatih, kat luar
padang kalau ada 10,000 peminat, maka 10,000 jurulatih. Tapi yang hanya tahu
dia. Siapa terbaik seminggu, dua minggu sesi latihan.
Bagaimana anda melihat sokongan
peminat dan penyokong selepas dilantik ke jawatan ini?
Sejujurnya saya kata, selepas
lima hingga enam tahun saya meninggalkan Perak, saya tak ambil tahu fasal
pasukan. Saya akan pergi tengok game (perlawanan) kalau saya diarahkan oleh
Media Prima untuk buat live (ulasan secara langsung). Ini saya cakap jujur. Jadi
saya tak banyak tahu fasal pasukan Perak cumanya kita tahu ada Weigang, selepas
itu Weigang dilepaskan yang itu semualah. Selepas ini saya akan kenal pasti
pemain dan kena jadi polis sikitlah. Kena ambil cerita supaya perkara-perkara
sebelum ini tak berlaku lagi. Masa di Stadium Darul Aman, dekat 300 peminat
yang datang. Ada makcik datang dari Teluk Intan tengok perlawanan itu. Saya pun
terkejut makcik ini kata sokong sejak saya main lagi. Ada juga dua penyokong
daripada Bercham naik motosikal datang ke Stadium Darul Aman. Saya kata ini
kerja gila. Cumanya saya bagi tahu semua itu pada pemain, bagi info pada
mereka, kalau mereka tak bagus main, penyokong tak akan datang sampaikan ada
yang naik motosikal pergi sana (Stadium Darul Aman). Ini bergantung pada
pemain. Pemain yang menentukan kejayaan satu-satu pasukan. Kita ini hanya
sebahagian sahaja. Saya rasa mungkin 10 ke 20 peratus sahaja, jurulatih 30
peratus, selebihnya pemain. Mereka yang menentukan jatuh bangunnya pasukan.
Sebab itu saya tak mahu campur kerana mereka profesional dan tahu apa kerja
serta tanggungjawab mereka. Saya rasa penyokong dia akan datang. Penyokong ini
kalau kita tunjuk satu persembahan atau prestasi yang baik, kalah menang jadi
nombor dua. Mereka akan tengok kita punya kesungguhan, ini benda yang biasa.
Kalau orang datang satu kereta dah lima orang, bayar tiket, duit minyak, makan
lagi. Orang datang nak enjoy (seronok), takkan orang datang saja nak maki. Baik
dia duduk rumah saja rehat. Jadi kita kena hargai penyokong ini datang, dia
keluar duit sendiri, dan kita kena balas dengan persembahan atau prestasi yang
baik. Orang nak tengok seronok, sekurang-kurangnya kalau kamu (pemain) hilang
bola, kejar bola, tackle dan sebagainya. Benda-benda itulah yang kena ada.
Peminat di media sosial begitu
teruja dengan pelantikan anda sebagai jurulatih, malah ada laman Facebook yang
menggunakan nama anda memberikan informasi dan berkongsi gambar-gambar. Apakah
anda mempunyai laman sosiap tertentu?
Saya tak pernah ada facebook,
saya tak ada instagram atau mana-mana akaun media sosial lain selain whatsapp.
Saya simple sahaja, saya tak pandai nak komen, saya rasa tak ada keperluan.
Bagaimana hubungan anda dengan
pemain dan rutin tugasan kini memandangkan anda menggalas jawatan sebagai
Setiausaha Kehormat dan pengurus pasukan?
Memandangkan saya dilantik
sepenuh masa ke jawatan ini, rutin harian pada waktu pagi hingga 4 petang saya
akan berada di pejabat dan kemudian saya akan turun ke padang bersama-sama
pemain untuk sesi latihan. Begitu juga rutin saya ketika bersama Felda United
sebelum ini. Saya turun berlatih bersama-sama pemain. Saya akan selalu bersama
pemain, apabila kita selalu dengan mereka, mereka akan jujur dengan kita, cakap
apa yes apa no. Itu yang kita nak. Apabila dia jujur, kita boleh tolong dia.
Kalau ada perkara-perkara yang disembunyikan kita tak boleh nak tolong dia.
Bila kita tak boleh tolong dia, kita tak boleh tolong pasukan. Saya ambil
pendekatan untuk berlatih bersama mereka, main dengan mereka, itu semua.
Mungkin itu cara saya.
Jika dilihat di media sosial,
Pafa sering kali mendapat kritikan dan komen negatif terutama jika Perak
berhadapan kekalahan pada setiap kali perlawanan, bagaimana anda melihat
keadaan itu?
Pada saya kalau ada komen
negatif itu yang elok sebab kita boleh belajar dan baiki kesilapan. Kalau orang
selalu cakap benda yang elok sahaja kita tak belajar. Bila ada benda negatif
kita semak dulu betul ke tidak. Kalau betul kita belajar dan cari penyelesaian.
Kalau kita betulkan benda yang tak betul walaupun sikit orang akan hargai.
Kalau kita selalu orang lambung tinggi kita tak sedar. Kalau kita jatuh, kita
akan jatuh terus. Bagaimanapun, kita harap orang yang komen dan kritik biarlah
dengan bukti supaya kita boleh tampilkan juga dengan bukti apabila menjawab segala
tuduhan. Itu yang saya akan layan, kalau khabar angin saya tak nak layan.
Di Perak terdapat ramai
persatuan dan kelab-kelab peminat sekali gus memperlihatkan seolah-olah mereka
berpuak-puak. Adakah ia sesuatu yang baik kepada pasukan?
Dari dulu saya ambil pendekatan
saya layan semua peminat sama rata. Cuma Ah Wa saja istimewa yang boleh naik
bas dengan pemain dulu ketika zaman Karl Heinz Weigang, zaman Tony Netto iaitu
zaman saya main. Peminat akan datang bila dia tengok kita bersungguh-sungguh untuk
menang. Kita tak perlu panggil peminat dengan beri tiket percuma. Tak payah.
Kita panggil peminat dengan repo yang baik, sikap profesional kita, attitude
kita kat luar, layanan kita kepada peminat dan akhirnya persembahan terbaik di
padang. Mereka sediakan duit untuk enjoy the game, sebagai pemain kita ini
adalah penghibur. You rugila keluar duit kalau tak terhibur. Dia datang dia tak
seronok. Pada saya pasukan naik, peminat dan penyokong akan datang. Tak kira
berapa banyak persatuan atau kelab peminat.
Apa harapan atau impian yang
anda mahukan kepada pasukan dan persatuan?
Saya nak macam dulu. Kita dulu
pukul 7 malam kereta dah penuh. Bila jumpa penyokong mereka tanya hari ini nak
menang berapa, bukan tanya boleh menang tak. Jadi saya nak sampaikan pada
pemain-pemain yang ada sekarang ini. Itu yang saya ambil amanah dan
tanggungjawab ini. Bukan sebab duit ringgit.
Saya pernah main tahun 2008
dengan tidak dibayar gaji empat bulan. Bukan saya sahaja, tapi keseluruhan pasukan. Kita pergi Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sehingga suku akhir. (ketika itu) bulan
puasa, tak ada gaji, nak raya. Kenapa kita main sampai suku akhir? Tapi kalau
tak ada semangat itu dalam pemain-pemain sekarang ini, jangan cakap banyaklah.
Kamu tak akan pergi jauh. Sama juga dengan pengurusan. Kenapa dahulu dengan
bajet kecil kita boleh menang hampir
semua piala, tapi sekarang bajet banyak kita tak ke arah itu. Jadi benda ini
akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 6
Julai 2017
No comments:
Post a Comment