Baddrol melawat Muhammad Faridz
di IPPT, USM, Bertam, Kepala Batas. FOTO IHSAN PEMBACA
Zulfa Mohammad
am@hmetro.com.my
IMPIAN seorang kanak-kanak
berusia 12 tahun yang menderita kanser hidung untuk bertemu idolanya, pemain
bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar akhirnya menjadi kenyataan, hari ini.
Muhammad Faridz Izwan Abu Seman
yang kini menerima rawatan di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT),
Universiti Sains Malaysia, Bertam, Kepala Batas, dikunjungi Baddrol jam 11
pagi.
Bapanya, Abu Seman Ismail, 59,
berkata Baddrol meluangkan masa hampir sejam dengan Muhammad Faridz.
"Walaupun dalam keadaan
lemah kerana menjalani rawatan radioterapi kelmarin, namun Muhammad Faridz
kelihatan bersemangat sebaik bersalaman dengan Baddrol.
"Sebelum ini dia (Muhammad
Faridz) sering meluah hasrat bertemu Baddrol setiap kali perlawananan membabitkan
Kedah dan akhirnya impian itu jadi kenyataan," katanya.
Muhammad Faridz murid Sekolah
Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis dimasukkan ke IPPT pada hari raya kedua lalu
berikutan keadaan fizikalnya makin merosot.
Sebelum ini, dia yang menyokong
Kedah sentiasa berharap untuk bertemu Baddrol Bakhtiar sebelum menjalani
rawatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 13 Julai 2017 @ 2:01 PM
No comments:
Post a Comment