Ad

Friday, 21 July 2017

Harimau terkulai di Bangkok

Malaysia mesti kalahkan Mongolia untuk buru tiket ke China
PEMAIN Malaysia, Muhammad Irfan Zakaria (kanan) bersaing dengan
PEMAIN Malaysia, Muhammad Irfan Zakaria (kanan) bersaing dengan pemain Thailand dalam aksi Kumpulan H, Kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun di Stadium Supachalasai, Bangkok semalam. www.asiana.my

22 Julai 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

KUALA LUMPUR 21 Julai - Selepas cemerlang membenam Indonesia 3-0 dalam aksi pembukaan kelmarin, Malaysia gagal meneruskan momentum apabila akur dengan corak permainan pantas yang dipamerkan Thailand ketika tumbang 0-3 dalam aksi kedua Kumpulan H, Kelayakan Piala AFC bawah 23 tahun di Bangkok, hari ini.

Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) bimbingan Datuk Ong Kim Swee seperti kehilangan idea untuk menembusi benteng pasukan Gajah Perang di Stadium Nasional Supachalasai, biarpun tampak cukup meyakinan ketika memulakan kempen kejohanan.

Sebaik sahaja sepak mula dilakukan, Thailand lebih banyak mengasak kubu skuad muda negara yang diketuai Muhammad Adib Zainudin, yang cemas sepanjang permainan.

Gawang Malaysia bocor pada minit ke-24 menerusi pe­nyerang dan ketua pasukan tuan rumah, Chenrop Samphaodi yang memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti.
Advertisement

Powered By YuMe

Pintu gol skuad B-22 yang dikawal oleh Amierul Hakimi Awang itu sekali lagi dibolosi oleh Samphaodi pada masa kecederaan babak pertama apabila dia bijak memanfaatkan peluang daripada situasi kelam kabut setelah pertahanan negara gagal mengeluarkan bola dengan sempurna daripada kawasan bahaya.

Bersambung babak kedua, Malaysia kembali untuk mengatur rentak permainan, namun masih gagal menangani corak pantas Thailand yang turut mendominasi penguasaan bola.

Ketika perlawanan seakan bakal berakhir dengan keputusan 2-0, kelekaan barisan pertahanan negara sekali lagi dihukum menerusi ledakan gol ketiga daripada pemain tengah Thailand, Phicha Au-Tra.

Phicha bijak melepasi pe­rangkap ofsaid sebelum mudah menewaskan Amierul untuk kali ketiga dalam situasi satu lawan satu.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand merampas kedudukan pendahulu kumpulan daripada Malaysia dengan me­ngumpul empat mata selepas seri 1-1 dengan Mongolia dalam aksi pertama.

Indonesia yang berpesta gol 7-0 ke atas Mongolia dalam perlawanan sebelah petang naik ke tangga kedua.

Skuad negara pula berada ditempat ketiga selepas tamat dua perlawanan.

Dua pasukan teratas peringkat kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir Piala AFC B-23 di China, tahun depan.

Sekiranya Malaysia mahu layak ke pusingan akhir, mereka perlu meraih kemenangan ke atas Mongolia, Ahad ini

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-terkulai-di-bangkok-1.505910#ixzz4nVoQzR9B
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment