MARAN, 1 JULAI 2017 , Pemain
pasukan Pahang, Matheus Alves Leandro (dua kanan) cuba melepaskan diri dari
kawalan pemain Felda United pada pertandingan Liga Super di Stadium Tun Abdul
Razak,Jengka disini malam ini.Gambar:MAHATHIR ALIPemberita : Salehudin Mat
Rasad
Salehudin Mat Rasad
03 Julai 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More44
MARAN 2 Julai - Dollah Salleh
jarang berkata buruk mengenai pengadil. Namun kali ini ‘mood hari raya’ juga
tidak mampu untuk menghalang jurulatih Pahang itu daripada mengkritik pegawai
perlawanan.
Bekas jurulatih kebangsaan itu
berasakan kemenangan telah dirampas daripada pasukannya dan dia menyalahkan
pengadil setelah menyaksikan Pahang tumpas 1-2 kepada Felda United dalam aksi
Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, di sini malam tadi.
Katanya, dia terpaksa
mengkritik mutu pengadilan kerana sudah banyak kali melihat keputusan pengadil
yang boleh dipertikaikan sehingga menjejaskan semangat pemain termasuk dalam
perlawanan malam tadi.
“Banyak keputusan dibuat
pengadil sepanjang perlawanan itu menghampakan saya dan pemain. Saya sudah lama
berdiam diri, kami seolah-olah menjadi mangsa dalam banyak perlawanan sebelum
ini pun,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan.
Tok Gajah seolah-olah akan
membawa pulang tiga mata apabila membuka tirai jaringan menerusi penyerang
Mohamadou Sumareh pada minit pertama namun hanya bertahan lima minit setelah
pemain baharu Felda, Ifedayo Olusegun menyamakan kedudukan.
Thiago Augusto memastikan
pasukan tuan rumah meraih tiga mata penuh selepas menyempurnakan sepakan
penalti dua minit sebelum perlawanan berakhir.
Menurut Dollah, antara faktor
kekalahan Pahang dalam perlawanan itu adalah mutu pengadilan yang lemah dan
boleh dipertikaikan berdasarkan tindakan pengadil dalam beberapa situasi.
“Saya tidak peduli Pahang kalah
malam ini kerana pemain sudah memberikan prestasi terbaik, cuma saya tidak
berpuas hati kerana pengadil, bagi saya menghancurkan bola sepak Malaysia.
“Saya terpaksa meluahkannya
juga kerana tidak tahan dengan mutu pengadilan yang menghampakan,” katanya yang
mempersoalkan sama ada pengadil bertugas dalam perlawanan itu Mohammad Zamzaidi
Katimin mengetahui tentang undang-undang bola sepak selepas menghadiahkan
sepakan penalti kepada The Fighters pada minit ke-88.
Katanya, sepakan penalti itu
tidak seharusnya diberikan kepada Felda kerana melibatkan situasi bola terkena
tangan (ball to hand) manakala dalam situasi Tok Gajah sepatutnya mendapat
sepakan penalti tidak pula diberikan.
Ditanya mengenai kemungkinan
dia bakal berdepan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana
mengkritik keputusan pengadil, bekas pemain kebangsaan itu berkata, dia hanya
mahu melihat mutu bola sepak dan pengadilan yang lebih baik.
“Dalam konteks ini, saya hanya
mahu melihat bola sepak terus diminati kerana kualiti permainan dan pengadilan
yang terbaik dapat merangsang kedatangan penonton ke stadium sekali gus demi
masa depan bola sepak negara.
“Kasihan kepada penonton yang
sanggup datang ke stadium, membayar tiket dan berharap menonton perlawanan
menghiburkan tetapi jika beginilah mutu pengadilan, saya pasti mereka juga
kecewa,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Felda
United, B Satiananthan memuji permainan anak buahnya sehingga berjaya
menumpaskan Pahang selain mampu mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.
Katanya, meskipun pasukan
pelawat lebih banyak menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, senario
sebaliknya berlaku pada babak kedua yang menyaksikan kebangkitan skuad The
Fighters.
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dollah-hilang-sabar-1.498468#ixzz4ll2ssjBw
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment