Ad

Friday, 7 July 2017

PNKP waspada ancaman Pahang



ABU BAKAR yakin anak-anak buahnya mampu mempersembahkan perlawanan yang baik apabila menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

PASUKAN Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) enggan terlalu dibuai mimpi kejayaan lalu apabila menuntut pemainnya lebih berwaspada selepas dijadualkan bertemu pasukan berstatus Liga Super, Pahang menjelang aksi kedua perlawanan Liga Malaysia di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim menyeru anak-anak buahnya kekal dengan lebih matang dan tenang untuk mencerahkan peluang mereka melakar kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan A di laman sendiri.

Abu Bakar berharap pasukannya mampu menyekat keseluruhan pemain-pemain skuad kendalian Dollah Salleh dan mahukan mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk membenam cabaran pasukan Liga Super itu malam ini.

“Saya tetap menghormati pasukan Pahang kerana mereka adalah pasukan paling berpengalaman dalam saingan berprestij ini. Dalam saingan Liga Super, Pahang kini menduduki tangga kedua. Jadi, saya rasa kita tidak berdepan lawan yang mudah.

“Namun, saya percaya skuad kendalian saya mampu mempersembahkan satu perlawanan yang baik kerana rata-rata mereka adalah pemain muda dan bersemangat dalam penampilan pertama Piala Malaysia,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Abu Bakar juga tidak berkompromi dengan mana-mana pemain yang tidak berdisiplin selepas merehatkan pemain tengah, Vincent Lucas Weijl (Belanda) di bangku simpanan dan hanya menurunkan tiga pemain import terbaiknya.

“Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pemain yang tidak disiplin. Kita mahu pemain import ini tidak boleh terlalu selesa dan tempat mereka tidak terjamin dalam PKNP,” tegasnya.

PKNP kini mendahului saingan Kumpulan A selepas berjaya mengejutkan pasukan T-Team dengan kemenangan 2-1 di Kuala Terengganu, Selasa lalu

sumberArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4m7vp0RMC
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment