Ad

Saturday, 15 July 2017

Raja berperlembagaan Perancis



Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Raja Berpelembagaan Perancis
- Semasa pemerintahan Raja Louis XVI :
a) Rakyat tidak puas hati terhadap stnrktur parlimen Perancis yang terbahagi kepada tiga estet iaitu Estet Pertama  terdiri daripada golongan paderi, Estet Kedua adalah bangsawan dan Estet Ketiga pula ialah golongan borjouis dan petani.
b.Parlimen  masih bersidang mengikut kaedah lama yang memberi keistimewaan kepada Estet Pertama dan Kedua.
c)Estet ketiga menginkari perintah raja Louis XVI dan berunding dengan Estet Pertama  dan Kedua. Namun gagal menggabungkan suara. Kesannya pada  12 Jun 1789,Estet Ketiga  mengistiharkan diri  mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan dan bermula revolusi.
Perhimpunan Kebangsaan telah
a)berhimpun di gelanggang tenis – Sumpah Padang Tenis.
b.Konsep persamaan dan keadilan.
c)Hak individu golongan berkemampuan dan berbakat diberi perhartian.
d)Berjaya menjatuhkan Bangunan Bastille pada 14 Julai1789.
e)Menghapuskan sistem feudal, perhambaan dan golongan istimewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan. Pengesahan pada  ‘Hari Ogos’.
Pada 26 Ogos 1789, parlimen meluluskan Perisytiharan Hak Manusia  dan Warganegara iaitu semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai hak yang sama.
Pada Julai 1790, Perlembagaan Sivil Gereja diluluskan. Golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberi gaji. Mereka perli mengangkat  sumpah taat setia kepada Perlembagaan Awam.[1]

Pada 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis XVI. Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung setahun dan kemudian Perancis bertukar kepada republik.[2]


[1] “Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .,70.
[2] Ibid,71.

No comments:

Post a Comment