WARTAWAN SINAR HARIAN 21 JULAI
2017
Farizal bernasib baik kerana
AFC mengurangkan tempoh penggantungannya kepada lapan bulan. - Foto: Asiana.my
PENJAGA gol Johor Darul Ta'zim
(JDT), Farizal Marlias kini boleh menarik nafas lega selepas konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC) menerima rayuan untuk mengurangkan hukuman penggantungannya.
AFC melalui satu kenyataan
semalam mengesahkan, tempoh penggantungan setahun pemain itu dikurangkan selama
empat bulan menjadikan beliau hanya digantung lapan bulan.
Ini membolehkan Farizal kembali
menyarung jersi Harimau Selatan pada Februari 2018 berbanding hukuman asal yang
sepatutnya tamat pada Jun 2018.
Bagaimanapun, tempoh empat
bulan yang dikurangkan itu akan menjadi tempoh percubaan untuk beliau, dan jika
didapati beliau melakukan sebarang kelakuan ganas dalam tempoh itu, hukuman
pengurangan itu ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
SUMBER- SINAR HARIAN 21 JULAI 2017
No comments:
Post a Comment