Ad

Sunday, 16 July 2017

Sistem ekonomi feudalisme di China



Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Sistem ekonomi feudalisme di China
Pengenalan
Sistem ekonomi bercorak feudal masih berpengaruh dan diamalkan dengan meluas di China pada abad ke-16. Sistem ekonomi ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi golongan pemerintah di negara tersebut.[1]

Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan keadaan geografi negara China. Dua pertiga daripada negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun pula di sebelah Barat dan Utara. Oleh yang demikian, keluasan kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15% sahaja. Namun China masih mampu untuk menampung makanan penduduknya dan mampu mengeksport makanan ke luar negara.

      Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang datang berdagang di China.Pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi. Kerajaan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan mengawal aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Kemakmuran ekonomi China pada zaman Ming diperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir abd ke-16.[2]
a)Ekonomi pertanian
Hasil pertanian menjadi penyumbang utama dalam ekonomi pada era pemerintahan Dinasti Ming. Hanpir 85% masyarakat China masih menetap di desa.Kawasan tumpuan utama ialah kawasan di Timur Laut China dan Mongolia, iaitu di dataran Loes.yang subur yang dilalui oleh Sungai Kuning.

      Di sebelah Selatan Sungai Kuning terletak kawasan tengah yang luas dan terdapat pula Sungai Yangtze, iaitu sungai terbesar di China. Sungai-sungai ini memberi banyak sumbangan kepada masyarakat feudal China dan mempengaruhi kehidupan masyarakat China.[3]

Menjelang abad ke-16, sisitem ekonomi bercorak feudal diamalkan di China.Sistem ekonomi feudal yang diamalkan berasaskan kepada perkembangan dalam kegiatan pertanian. Kegiatan bercucuk tanam yang dijalankan oleh masyarakat Cina bercorak  bercorak pertanian sara diri. Antara contoh tanaman yang ditanam ialah padi,gandum,milet  barli dan oat.[4]

      Tanaman utama yang diusahakan ialah penanaman padi sawah. Penanaman padi sawah ini banyak diusahakan di kawasan Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning dan Selatan China.China turut memperkenalkan tanaman padi dua musim setahun di atas tanah yang sama. Baka padi cepat masak ini di bawa dari Vietnam Selatan.

      Tanaman lain yang ditanam ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoimillet, oat dan lain-lain bijirin. Tanaman gandum ditanam di Dataran Tinggi di Utara China, Wilayah Shantung , Kangsu, Shensi dan Bahagian Utara Anhui dan Hupeh.
      
Pengunaan kaedah baru
Bagi meningkatkan hasil pertanian Dinasti Ming menggunakan beberapa kaedah baru seperti menanam padi dua kali setahun, sistem penanaman bergilir, tanaman baru iaitu jagung India, ubi kentang manis, kekacang dan penggunaan baja.

Pengenalan peralatan baru
seperti seperti tenggala, tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar kuda, pembinaan terusan, koam takungan air dan empangan.Pembinaan terusan,kolam takungan air dan empangan menyebabkan kawasan yang jauh dari sumber air boleh ditanam dengan pelbagai jenis tanaman.  Revolusi dalam bidang pertanian meningkatkan pengeluaran pertanian dan keluasan tanah pertanian dari daripada 422 juta mu awal abad ke-16 kepada 701 juta mu akhir abd ke-16
Tanaman komersial seperti tembakau di Wilayah Kwangsi dan Fukien,tanaman  kapas di Sungking, Tiatsang dan Tung-chou. Manakala mulberi ditanam di wilayah Kwangtung tebu.
Menternak binatang
Kegiatan menternak binatang menjadi sumber makanan dan kegunaan pertanian serta pengangkutan. Antara binatang yang diternak ialah ayam, itik,kambing,lembu,khnzir dan kerbau.Kerbau diguna untuk memajak sawah. Lembu digunakan untuk menarik kereta lembu.
b)Ekonomi industri kecil.
Industri berdasarkan kawasan contoh Kiangsi sebagai pusat pengeluaran porselin, Soochow pengeluar pusat  industri tekstil.Sungkiang menjadi pusat pengeluaran kain kapas.
c)Perdagangan
Pada abad ke-16 pertanian (ekonomi feudal) menjadi sumber utama China. Perdagangan terletak paling rendah dalam bidang eknomi.Para pedagang dipandang hina walaupun  membawa pulangan yang banyak kepada negara.Aktiviti perdagangan China berjalan dengan lancar dengan adanya sistem pengangkutan yang baik. Sungai Yangtze boleh dimudiki kapal sejauh seribu batu dari kuala .Ini membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan tengah. Sungai-sungai Barat membolehkan perdagangan dijalankan di Selatan China dan Sungai Peiho serta Sungai Kuning telah memudahkan perhubungan Timur dan Barat dari sebelah Utara China.[5]
Zaman Ming wujud persatuan dagang bagi sektor perdagangan. Contohnya Kesatuan Dagang Shanxi ditubuhkan bagi institusi-institusi kewangan yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat komersial. Dari segi pentadbiran, golongan bangsawan akan membantu kerajaan pusat mengawasi kegiatan ekonomi.
Sungai sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan.
d)Hubungan luar dan perdagangan.
Perdagangan China pada abad ke-16 turut berkembang. Perkembangan ini berikutan pembaharuan dasar pemerintahan Dinasti Ming. Maharaja telah membenarkan pelaya-pelayar China memmulakan pelayaran.Aktiviti penjelajahan dibenarkan, contoh ke Asia Tenggara, Selatan India, Sri Langka, Hormuz.Pelabuhan Canton dibuka kepada pedagang luar seperti dari Asia Tenggara, Arab dan Eropah.[6] Kepelbagaian negara para pedagang ini membolehkan China menerima banyak aspek-aspek lain dari tamadun luar. Keterbukaan pemerintahan era Dinasti Ming telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian di China. Hal ini berjaya meningkatkan ekonomi negara China. Seterunya pedagang Portugal, Sepanyol dan Belanda telah diterima berdagang di China. Hubungan perdagangan dengan Portugal bermula dengan pelayaran Rafael Perestrello pada tahun 1516 dan seterusnya Tom Pires pula dihantar oleh kerajaan Portugal bagi menjalinkan hubungan dengan China.[7]


[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd,2016),215.
[2] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2012),158.
[3] Ibid,161.
[4]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Ketiga ,218.
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,161.
[6] “Sistem Ekonomi Feudalisme dan Kapitalisme”dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),103.
[7]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Begum Ahamed, Pra-U Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 11,162.

No comments:

Post a Comment