Kuantan: Jurulatih Pahang
Dollah Salleh tidak mempunyai jawapan tepat terhadap kegagalan anak buahnya
apabila seri 2-2 ketika menentang Negeri Sembilan pada aksi Kumpulan A Piala
Malaysia, kelmarin.
Bekas jurulatih kebangsaan itu
berkata, skuadnya gagal memberikan tentangan terutama pada separuh masa pertama
menyebabkan lawan menjaringkan gol pendahuluan.
Katanya, mujur kebangkitan
pemain pada babak kedua menjadi sebelum pelawat menjaringkan gol penyamaan
sekali gus menafikan Pahang mengutip tiga mata.
“Saya dapat rumuskan
segala-galanya tidak menjadi terutama pada separuh masa pertama dan saya tidak
tahu apa puncanya.
“Biarpun kita bangkit pada
babak kedua tapi sebenarnya prestasi pasukan belum mencapai tahap dikehendaki
seperti sebelum liga berehat. Pemain melakukan banyak kesilapan mudah.
“Tapi, saya tetap bersyukur
kami mencatat keputusan seri walaupun ia tidak sepatutnya berlaku kerana kami
memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri,” katanya.
Sementara itu, pengendali
Negeri Sembilan Mohd Asri Ninggal berkata, keputusan seri itu amat berbaloi
kerana semua pihak sedar Pahang pasukan yang bagus selain memiliki kelebihan
beraksi di laman sendiri.
“Tapi, dengan taktikal yang
dirancang, kami berjaya memastikan sekurang-kurangnya satu mata dapat diperoleh
dan ia bakal menjadi suntikan semangat buat pasukan,” katanya.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 9:55 AM
No comments:
Post a Comment