Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pengaruh luar
merupakan antara faktor yang menyumbang dalam membangkitkan keinginan untuk
mendapatkan hak-hak politik dan membebaskan tanah air daripada belenggu
penjajah. Dalam perkara ini gerakan nasionalisme di Tanah Melayu tidak
terkecuali kerana banyak dipengaruhi oleh perkembangan yang berlaku di negara
Asia yang lain. Pada awal abad ke-20, pelbagai perubahan yang berlaku di negara
luar telah menarik perhatian pendukung gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
yang turut memberi sumbangan dalam menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat
tempatan.[1]
1.Gerakan Islah Islamiah/ Pemulihan di Timur Tengah.
Gerakan ini dipelopori oleh Syed Jamaluddin al-Afghani
dan diteruskan oleh Syeikh Muhammad Abduh. Mereka menggesa kaum muslimin agar
berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan Hadis.
Gerakan pemulihan
Islam di Tanah Melayu dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddindan Syed Syeikh
al-Hadi. Pelajar Melayu bersama Indonesia menerbitkan majalah Seruah Azhar
(1925-1928) dan Pilihan Timur (1927-1928). Majalah ini mengecam pihak penjajah
di Tanah Melayu dan Indonesia.
2.Gerakan Pan Islamisme.
Empayar Turki yang dikenali sebagai Empayar Turki
Uthmaniah dan Sultan Turki yang dianggap sebagai khalifah sangat dihormati oleh
seluruh dunia Islam. Sultan Abdul Hamid
(1876-1909) merupakan penyokong kuat gerakan Pan Islamisme. Dunia Islam
diseru supaya bersatu di bawah naungan empayar Turki untuk menyekat perluasan
kuasa Barat.[2]
Pengaruh Pan
Islamisme semakin hebat semasa berlaku Perang Dunia Pertama 1914-1918. Dalam
perang tersebut, Turki telah bersekutu
dengan Jerman untuk melancarkan perang jihad terhadap Kuasa Berikat. Tindakan
Turki ini telah mempengaruhi orang Islam di Tanah. Di Singapura Kassim Ismail
Mansur dan Nur Alam Syah telah berusaha menyebarkan syiar Islam dalam kalangan
masyarakat Islam pada tahun 1915. Mereka telah membankitkan Dahagi Singapura
1915 dengan memberi dorongan kepada askar sepoi India supaya menentang British
dengan memberi alasan Turki dan Jerman pasti akan menang dalam
Perang Dunia Pertama.[3]
3.Gerakan Turki
Muda.
Gerakan Turki Muda dipimpin oleh Mustapha Kamal berusaha
untuk memodenkan negara Turki. Gerakan ini memberi ilham kepada orang Melayu
untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang.Gerakan ini merangsang semangat golongan
muda di Tanah Melayu untuk memperhebatkan perjuangan mereka.Parti politik
pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938.
4.Perang Rusia-Jepun 1904-1905
Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun 1904-1905
memberi ilham kepada orang Asia untuk mencabar orang Barat. Ini kerana Jepun
merupakan sebuah negara Asia dan Rusia merupakan negara Eropah.Ini membuktikan
sebuah negara boleh menjadi kuat melalui kemajuan pendidikan dan teknologi.
Perang Rusia-Jepun
disifatkan sebagai satu pertelingkahan antara orang Asia dengan orang Eropah
kerana kebanyakkan negara Asia Tenggara masih lagi berada di bawah belenggu
penjajah terutama kuasa Eropah. Perasaan angkuh orang Eropah sebagai kuasa
penjajah yang memandang rendah terhadap keupayaan penduduk tempatan menimbulkan
perasaan benci kepada mereka. Peperangan ini dianggap penting sebagai
mencerminkan penentangan sebuah negara Asia terhadap kuasa penjajah Eropah.
Perang
Rusia-Jepun menguatkan keazaman rakyat di Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu
untuk bangkit menentang kuasa Barat. Peristiwa ini juga memberi ilham kepada
golongan nasionalis untuk bangun menvabar kekuatan penjajah Barat di Tanah
Melayu.[4]
5.Pengaruh Gerakan Politik di Indonesia.
Ada tiga sebab mengapa perkembangan di Indonesia begitu
kuat mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pertama Indonesia
negara jiran yang paling hampir dan segala peristiwa yang berlaku di negara itu
mudah tersebar ke Tanah Melayu. Kedua Indonesia dan Malaysia sedang berusaha
membebaskan diri dari belenggu penjajahan Belanda di Indonesia dan British di
Tanah Melayu. Ketiga pertalian antara kedua-dua negara dieratkan lagi oleh
ikatan serumpun iaitu persamaan dari segi bahasa, budaya, adat dan agama.
Perkembangan di
Indonesia telah menarik perhatian golongan terpelajar di Tanah Melayu terutama
di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim seperti Ibrahim Yaakob dan
Ishak Haji Muhammad yang kemudiannya menubuhkan Kesatuan Melayu Muda, KMM pada
tahun 1937.
Kefahaman mereka
tentang perkembangan politik di Indonesia ditambah lagi melalui pembacaan
buku-buku dan majalah yang dibawa masuk daripada negara tersebut.Ia
telah menyebabkan kebangkitan kesedaran nasionalisme pada tahap awal di Tanah
Melayu lebih banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalis di Indonesia.
6.Perkembangan di China
Pada tahun 1894, satu gerakan revolusi dimulakan di China
oleh Dr Sun Yat Sen. Gerakan ini bertujuan untuk mengasas sebuah Republik yang
bercorak revolusi dan menggulingkan kerajaan Manchu. Gerakan revolusioner ini
berjaya menarik minat orang Cina di seberang laut hingga mendorong kepada
penubuhan beberapa cawangan Teng Meng Hui termasuk di Tanah Melayu dan
Singapura.
7.Perkembangan di India
Perjuangan nasionalis di India juga turut memberi
dorongan kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pada tahun 1885, Parti
Kongres Kebangsaan India ditubuhkan oleh sekumpulan orang India yang
berpendidikan. Parti Kongres pada peringkat awal bersifat sederhana, kemudian
berubah menjadi anti-British dan mengambil langkah yang agak keras seperti memulau
barangan buatan England. Tindakan golongan nasionalis India ini diikuti oleh
nasionalis di Tanah Melayu. Mahatma Ghandi menjadi tokoh yang dikagumi oleh
nasionalis di Asia Tenggara. Kepimpinan Ghandi menjadi ilham dan dorongan
kepada nasionalis di Tanah Melayu.
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan
Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn, Bhd,2014),162..
[2]Ong
Loo Chen, Pra-U Teks STPM Sejarah Peggal 3,(Bangi: Pelangi Sdn. Bhd, 2016),148
[3]Ibid
[4]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor
Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
(1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini
No comments:
Post a Comment