Ad

Friday 28 July 2017

Tok Gajah intai kemenangan sulung

 
Pemain Pahang Sumareh Mohamadou (tengah) ketika beraksi menentang Pulau Pinang dalam perlawanan Liga Super baru-baru ini.
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pahang yang masih belum menang dalam saingan Piala Malaysia mahu menamatkan penantian itu apabila bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

  Selepas tiga perlawanan, skuad Tok Gajah sekadar mengutip tiga mata iaitu seri ketiga-tiga perlawanan ketika Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC selesa mendahului Kumpulan A dengan tujuh mata.

  Justeru, pemangku jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi mahu pemainnya mempamerkan komitmen tinggi untuk meraih tiga mata dalam usaha mengukuhkan kedudukan.

  Katanya, tiada pilihan lain buat Pahang kecuali menang ke atas Negeri Sembilan jika mahu mengisi slot suku akhir Piala Malaysia musim ini.

  "Saya akui Pahang perlu menang ke atas Negeri Sembilan dan sudah pasti misi utama pasukan adalah mencatat kemenangan pada perlawanan keempat selepas seri tiga aksi lalu.

  "Biarpun Negeri Sembilan juga dilihat kembali menemui rentak permainan, kami tidak boleh terlepas mata di Paroi jika mahu mengisi dua slot dalam kumpulan," katanya semalam.

  Ahmad Shaharuddin yang kini memangku sementara tugas Dollah Salleh kerana digantung 18 perlawanan dan denda RM30,000 mahu kunjungan ke Paroi itu memihak kepada Pahang.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 4:28 PM


No comments:

Post a Comment