Fairbanks (Amerika Syarikat):
Penduduk di bandar ini gempar selepas beberapa ekor belut penghisap darah
dijumpai jatuh dari langit pada minggu lalu.
Beberapa penduduk melaporkan
penemuan belut yang masih hidup di tempat letak kereta sebuah pasar raya dan
laman rumah mereka.
Penduduk percaya belut yang
mempunyai gigi yang tajam itu jatuh dari langit kerana lokasi itu terletak jauh
dari tasik atau sungai.
Bagaimanapun, Jabatan Perikanan
Alaska memberitahu, belut itu adalah dari spesies lamprey dan ia tidak bahaya
kepada manusia.
Jabatan itu percaya belut jatuh
dari mulut burung yang terbang selepas menangkap ikan di kawasan sungai
berhampiran bandar itu.
Lamprey sejenis haiwan parasit
yang menggunakan giginya yang tajam untuk melekat pada insang atau badan ikan.
Belut itu melukakan badan ikan
untuk menghisap darah yang dijadikan sumber makanan utamanya.
Walaupun dilihat menggerunkan,
tetapi Lamprey sejenis makanan yang popular di Alaska kerana rasanya yang enak
dan tidak bertulang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:11 AM
BELUT lamprey yang dijumpai di
Fairbanks, Alaska pada minggu lalu.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/56380#sthash.FGEDEpwy.dpuf
No comments:
Post a Comment