Berlin: Luis Suarez
melengkapkan kebangkitan menakjubkan selepas diaibkan kerana insiden menggigit
pada Piala Dunia apabila menjaringkan gol penentuan bagi memastikan kemenangan
Barcelona pada final Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
Pemain Uruguay itu menganggap
perasaan itu sebagai ‘sukar dipercayai’ manakala jurulatih Barcelona, Luis
Enrique menegaskan Suarez mengatasi kebimbangan kelab yang membayar lebih
daripada 100 juta euro (RM418 juta) untuk penjaring yang sering dikaitkan dengan
kontroversi.
Suarez, 28, membayangi bintang
ternama Lionel Messi untuk mucul wira dengan kemenangan 3-1 ke atas Juventus di
Olympiastadion, Berlin.
Mengakhiri perjuangan Juventus,
Suarez bertindak apabila Gianluigi Buffon menampan percubaan Messi pada minit
ke-68 untuk meledak bola tepat ke gawang sebelum melompat melepasi papan iklan
dan menari kegembiraan.
“Ia sukar dipercayai, sungguh
unik. Anda perlu menderita untuk memenangi semua trofi ini,” katanya.
“Saya rasa mereka terus
mengasak selepas jaringan penyamaan tapi kami mempunyai pemain yang mampu
mengubah keputusan. Kami menempuhi perlawanan demi perlawanan dan mencapai
semua matlamat.
“Perkara terbaik mengenai
pasukan ini adalah semangat serta kesepakatan dibentuk sejak awal musim.”
Suarez digantung empat bulan
selepas menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini sewaktu Piala Dunia di
Brazil tahun lalu, kali ketiga dia menggigit pemain lawan sepanjang karier yang
penuh kontroversi.
Chiellini adalah nadi
pertahanan Juventus tetapi kecederaan ketika latihan minggu lalu menghalang
pertemuan semula dengan Suarez.
Bagaimanapun dia sudah
memaafkan Suarez dan jaringan Suarez musim ini membuatkan peminat terlupa
gigitan di bahu Chiellini.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:10 AM
SUAREZ (dua kanan) jaring gol
kedua Barcelona.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/56372#sthash.S7HOjgXH.dpuf
No comments:
Post a Comment