ROU YOU (belakang, kanan) dan
Ho Ying menyumbang pingat pertama buat negara dalam acara ping pong beregu
wanita di Stadium Tertutup Singapura semalam.
SINGAPURA – Gandingan Ho Ying
dan Lee Rou You menyumbang pingat pertama buat kontinjen negara pada Sukan SEA
ke-28 semalam apabila meraih gangsa dalam acara ping pong kategori beregu
wanita.
Terdahulu, pasangan tersebut
tewas kepada beregu pilihan yang juga jaguh No. 1 Asia Tenggara, Feng Tianwei
dan Yu Mengyu dari Singapura dengan keputusan 0-4 pada aksi separuh akhir di
Stadium Tertutup Singapura.
Biarpun tewas, pingat gangsa
tetap menjadi milik Ho Ying dan Rou You yang turut dikongsi bersama Nanthana Komwong-Suthasini
Sawettabut selepas beregu Thailand itu tewas 3-4 kepada Lin Ye-Zhou Yihan dari
Singapura dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Mengulas lanjut, Ho Ying, 20,
mengakui lawan dari Singapura itu yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan
Olimpik 2012 sebenarnya mampu ditewaskan jika mereka tidak melakukan beberapa
kesilapan mudah.
“Sebenarnya kami boleh
menewaskan mereka kerana kami dapat memberikan saingan sengit pada setiap set
tetapi kami banyak melakukan kesilapan mudah. Mungkin persiapan kami (beregu
wanita) masih belum cukup,” katanya selepas tamat aksi separuh akhir semalam.
Sementara itu, Rou You pula
enggan menyalahkan sesiapa terhadap kekalahan tersebut dengan menegaskan, Ho
Ying adalah pasangannya yang sempurna dalam acara beregu wanita.
“Walaupun kami baru
digandingkan empat bulan tetapi saya sudah mengenali corak permainan Ho Ying.
Saya amat berpuas hati (pingat gangsa) kerana berjaya mencapai sasaran pasukan.
“Saya akui Singapura berjaya
membuatkan kami terikut gaya permainan mereka dan saya agak kecewa selepas
tewas 0-4. Saya harap kesilapan-kesilapan mudah sebegini dapat dikurangkan
untuk acara lain pula selepas ini,” jelas pemain kelahiran Selangor itu.
Dalam perkembangan lain, Rou
You, 20, bertekad untuk beraksi cemerlang di samping Muhd. Shakirin Ibrahim
untuk menewaskan pasangan Vitenam, Dinh Quang Linh-Mai Hoang My Trang pada aksi
suku akhir beregu campuran hari ini.
“Lawan saya nanti adalah
pemain-pemain utama Vietnam, mereka memang kuat tetapi saya dan Muhd. Shakirin
akan cuba yang terbaik.
“Pusingan suku akhir belum
cukup kerana sasaran kami adalah separuh akhir. Matlamat saya pada Sukan SEA
2015 ialah dua pingat, saya harap ia akan hadir esok (hari ini),” katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz3byVEOqPk
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment