Ad

Wednesday, 3 June 2015

Operasi menggali kubur masuk fasa kedua

04 Jun 2015 1:10 AM
beberapa orang anggota Pasukan Gerakan Am berkawal di sempadan
beberapa orang anggota Pasukan Gerakan Am berkawal di sempadan
BEBRAPA orang anggota Pasukan Gerakan Am berkawal di sempadan antara Wang Kelian, Malaysia dan Bahn Talok, Thailand susulan daripada Operasi Wawasan Khas, semalam.

ALOR SETAR 3 Jun - Lebih 90 anggota polis akan terlibat dalam operasi menggali kubur fasa kedua di Hutan Simpan Mata Ayer, Lubuk Sireh, Perlis mulai esok.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, hari ini lebih 25 anggota telah dikerahkan bagi membawa bahan logistik ke kawasan tersebut.
“Pihak kami telah pun memulakan penghantaran barang-barang logistik serta barang ma­kanan, minuman, khemah dengan anggota akan bermalam pada malam ini.
“Insya-Allah kerja-kerja menggali 91 lagi kubur akan bermula esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata operasi yang dihentikan selama dua hari sebelum ini adalah berikutan para pegawai perlu berehat kerana operasi membawa turun mayat mengalami kekurangan bahan bantuan.
Sebelum ini Shafie dilapor sebagai berkata, sebanyak 91 kubur dikenal pasti wujud di kawasan hutan yang terletak kira-kira 100 meter dari sempadan Thailand itu.
Operasi fasa kedua kali ini dilakukan setelah pihak berkuasa Thailand membenarkan laluan Ban Talok di Thailand digunakan pihak Malaysia untuk membawa turun mayat. – BERNAMA

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/operasi-menggali-kubur-masuk-fasa-kedua-1.98961#sthash.m4rbFEjq.dpuf

No comments:

Post a Comment