’04 Jun 2015 12:57 AM
PEMAIN Malaysia, Mohd. Amirul
Hisyam Awang Kechik (kanan) dikawal
PEMAIN Malaysia, Mohd. Amirul
Hisyam Awang Kechik (kanan) dikawal rapi oleh kapten Vietnam, Ngoc Hai Que
dalam perlawanan Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Bishan, Singapura kelmarin.
SINGAPURA – Jurulatih skuad
bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menganggap kekalahan 1-5 kepada
Vietnam dalam perlawanan kedua Kumpulan B Sukan SEA kelmarin bukan saja
menyukarkan laluan pasukannya untuk ke separuh akhir, malah kekalahan terburuk
pernah dialami sepanjang kariernya.
Katanya, pemain negara kini
tidak punya pilihan lain, kecuali mengalahkan Thailand hari ini, selain
memenangi semua baki perlawanan menentang Brunei dan Laos merusi jaringan
besar.
“Ini keputusan paling
mengecewakan dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.
“Kami tidak bermain baik dan
melakukan dua kesilapan mudah yang menjadi punca kekalahan.
“Saya tak pasti dua sepakan
penalti itu patut diberikan atau tidak. Yang pasti, Vietnam pasukan yang bagus
dan menghukum kami menerusi kesilapan mudah,” kata Kim Swee.
Dalam perlawanan di Stadium
Bishan, Singapura itu, perlawanan yang dijangka sengit sebaliknya bertukar
mimpi ngeri buat Malaysia apabila membenarkan lawan mendahului 2-0 pada separuh
masa pertama.
Skuad bimbingan Toshiya Miura
kemudian menambah gol ketiga, seminit selepas babak kedua bersambung, sebelum
menambah gol keempat, tujuh minit kemudian.
Sekalipun Malaysia cuba bangkit
menerusi jaringan pemain gantian, Syahrul Azwari berbaki 11 minit masa
perlawanan, ia boleh dianggap gol sagu hati kerana kurang seminit, Vietnam
meledak gol kelima.
Dalam pada itu, Miura turut
mengakui pemain Malaysia banyak melakukan kesilapan individu dan bukannya
kesilapan taktikal.
“Bagi saya, pemain Malaysia
banyak melakukan kesilapan individu. Bukan taktikal yang menjadi punca
kekalahan mereka dan memberikan kemenangan buat kami,” katanya.
Kekalahan kepada Vietnam
menyaksikan Malaysia tiada jalan selain menang perlawanan sukar menentang
Thailand.
“Sekarang kami tiada pilihan
lain kecuali melakukan segala-galanya ketika bertemu Thailand walaupun pemain
keletihan.
“Seri atau tewas, kami akan
tersingkir,” kata Kim Swee.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-saya-tidak-pernah-kalah-teruk-begini-8217-1.98929#sthash.2Ovie7Zl.dpuf
No comments:
Post a Comment