01 Jun 2015 5:26 PM
SINGAPURA 1 Jun - Pingat
pertama kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Singapura sudah berada dalam
genggaman selepas pasangan negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir
acara pingpong beregu wanita di sini, sebentar tadi.
Gandingan Ho Ying-Lee Rou You
memastikan sekurang-kurangnya gangsa dalam genggaman selepas menewaskan
pasangan Indonesia Dwijayanti Gustin-Kharisma Nur Hawwa 3-0 di suku akhir.
Dalam aksi
di Stadium Tertutup Singapura itu, Ying-Rou You menang 11-6, 11-8, 11-6, sekali
gus bakal menentang pasangan tuan rumah, Feng Tianwei-Yu Mengyu. - UTUSAN
ONLINE
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/sukan-sea-singapura-pingat-pertama-dalam-genggaman-1.98098#sthash.DqSZYoZG.dpuf
No comments:
Post a Comment