Gempa bumi korbankan beberapa
nyawa
METRA SYAHRIL MOHAMED | 07
Jun 2015 12:52 AM
Seorang pelancong memerhati
runtuhan besar yang berlaku di puncak
Seorang pelancong memerhati
runtuhan besar yang berlaku di puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi di
Sabah, semalam. BERNAMA
RANAU 6 Jun - Kejadian gempa
bumi khususnya di Gunung Kinabalu yang mengorbankan beberapa nyawa dikatakan
sebagai sumpahan si penunggu gunung.
Dalam kalangan malim gunung,
mereka percaya sumpahan itu memuncak ekoran tindakan biadab sekumpulan
pelancong Eropah yang berbogel di puncak gunung itu pada 31 Mei lalu.
Bagi mereka terutama penduduk
setempat, Gunung Kinabalu merupakan kawasan suci yang menjadi tempat
persemadian roh nenek moyang kaum Kadazandusun dan tidak boleh dicemari
perbuatan tidak senonoh.
Seorang malim gunung, Suhaikan
Guhai, 35, memberitahu, semangat gunung merupakan perkara utama dalam
masyarakat Kadazandusun memandangkan mereka percaya kepada maksud Kinabalu itu
sendiri.
Jelasnya, Kinabalu adalah
pecahan perkataan ‘Aki Nabalu’ iaitu ‘Aki’ bermaksud nenek moyang dan ‘Nabalu’
pula bermaksud gunung.
“Jangan kau (kamu) sesekali
buat tidak senonoh di gunung ini. Ini tempat suci,” katanya yang ditemui
Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, gempa bumi sekuat 5.9
pada skala Richter menggegarkan bumi Sabah.
Gegaran paling teruk dirasai di
Gunung Kinabalu dengan laluan utama pendakian musnah akibat runtuhan batu-batu
besar.
Suhaikan percaya, setiap
perbuatan tidak senonoh di puncak Kinabalu akan mengundang marah si penunggu
gunung yang menjaga kesucian gunung itu.
Kenyataan beliau itu disokong
seorang lagi malim gunung, Junaidi Sihan, 37, yang sentiasa menekankan sikap
hormat-menghormati kepada pendaki sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu.
“Jangan cakap besar, jangan
petik tumbuhan, jangan ambil batu gunung. Tetapi kalau sudah sampai berani
berbogel, ini telah melanggar kesucian gunung, telah langgar pantang larang.
“Saya beragama Islam tetapi
sentiasa diingatkan amalan menghormati persekitaran Gunung Kinabalu,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sumpahan-penunggu-gunung-kinabalu-1.99955#sthash.3BTvWa5A.dpuf
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
7.6.2015
No comments:
Post a Comment