WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Jun 2015
Muhyiddin, Hadi lari apabila
gegaran susulan
KUNDASANG - [DIKEMASKINI]
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas keluar meninggalkan
bangunan ketika taklimat perkembangan Gempa Bumi Sabah selepas berlaku gegaran
susulan jam 1.35 petang tadi.
Taklimat yang diadakan di
Liwagu, Kundasang terpaksa ditangguhkan seketika ekoran gegaran itu.
Difahamkan, gegaran berkenaan
adalah kali ke 35 selepas kejadian pertama Jumaat lalu.
Turut kelihatan bergegas keluar
meninggalkan bangunan tempat itu tersebut ialah Presiden Pas yang juga Ahli
Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Sementara itu, memetik laporan
Astro Awani, situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang
itu, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Dalam taklimat itu, Muhyiddin
diberitahu perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di
Gunung Kinabalu.
Difahamkan, setelah suasana
kembali tenang dan dilaporkan selamat, taklimat diteruskan diluar bangunan dan
diakhiri dengan sidang media.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
7.6.2015
No comments:
Post a Comment