Ad

Sunday, 7 June 2015

Nasib Kim Swee


NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
7 Jun 2015
Ong Kim Swee
Ong Kim Swee Ong Kim Swee
MASA depan Datuk Ong Kim Swee bersama skuad Bawah 23 (B-23) negara akan terjawab dalam mesyuarat Pengurusan Skuad Kebangsaan yang akan diadakan bulan depan selepas postmortem prestasi skuad negara dalam Sukan Sea 2015 di Singapura.

Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, mesyuarat itu bakal dipengerusikan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Kita akan mengetahui sama ada Kim Swee kekal atau sebaliknya untuk perancangan Sukan Sea 2017 nanti.

“FAM akan membuat bedah siasat secepat mungkin selain akan mengadakan mesyuarat pada awal Julai nanti,” katanya.

Persoalan masa depan Kim Swee bersama skuad B-23 negara timbul berikutan prestasi kurang memberangsangkan pasukan itu di Singapura apabila kalah 1-5 kepada Vietnam dan 0-1 kepada juara bertahan Thailand.

Kekalahan itu menyebabkan peluang anak didik Kim Swee untuk melepasi saingan Kumpulan B dan layak ke separuh akhir boleh dikatakan sudah tertutup rapat.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 7.6.2015


No comments:

Post a Comment