Mohd. Zamri koma, kritikal
Mohd. Zamri
PELUMBA SuperSports 600cc
negara, Mohd. Zamri Baba dilaporkan koma selepas terlibat dalam kemalangan
ketika aksi perlumbaan pertama pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM
(ARRC) di Litar Sentul, Indonesia semalam.
Memetik laporan sebuah media
online Indonesia, penunggang skuad Musashi Boon Siew Honda Racing itu dilihat
melambung ke udara selepas gagal mengawal jentera ditunggangnya. Pelumba itu
kemudian jatuh di atas landasan sebelum dirempuh penunggang Indonesia, Dimas
Ekky Pratama.
Selepas diberi bantuan awal,
Mohd. Zamri serta-merta dikejarkan ke Rumah Sakit Petra Permata Sentul City di
Bogor untuk menerima rawatan kecemasan.
Menurut Dr. Steven yang
merawat Mohd. Zamri, pemeriksaan awal berjaya mengesan pendarahan di bahagian
kepala pelumba berusia 32 tahun itu dan kini diberi penjagaan rapi.
“Keadaan (Mohd. Zamri) masih
tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Kami juga masih belum boleh mengambil
apa-apa tindakan. Dia perlu dipantau rapi pada ketika ini.
“Kami berusaha untuk
memindahkan Zamri ke rumah sakit (hospital) lain termasuk di Kuala Lumpur,”
ujar Dr. Steven.
Wakil penganjur, Faryd Sungkar
yang menyaksikan kejadian itu berkata, Mohd. Zamri mengalami kecederaan serius
terutama di bahagian tangan serta muka.
“Saya lihat tangannya patah dan
mukanya retak. Ketika itu juga saya lihat dia tidak sedarkan diri.
“Punca terbabas disebabkan
percubaan memecut di selekoh berbahaya. Jentera tergelincir dari landasan dan
kemudian terbabas.
“Pelumba (Dimas) yang ada di
belakang juga tidak sempat mengelak sebelum melanggar Mohd. Zamri. Perlumbaan
ditangguh serta-merta selepas kecelakaan (kemalangan) itu,” jelas Faryd. –
Agensi
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz3cQ1u5l3n
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment