Ad

Wednesday, 3 June 2015

TRW buat persiapan rapi hadapi baki saingan Liga Super

RABU, 3 JUN 2015 @ 5:49 PM

KOTA BAHRU: Pemain-pemain Kelantan bakal menjalani persediaan mental dan fizikal lebih menyeluruh dalam menghadapi baki saingan Liga Super yang padat bermula 20 Jun ini.

Pengurusnya Azman Ibrahim, berkata disebabkan pemainnya pada Ogos nanti bakal menghadapi tujuh perlawanan dalam tempoh 22 hari, mereka perlu membuat persediaan lebih rapi. "Pemain mula berlatih semalam dan kita harap pemain yang mengalami kecederaan dapat segera pulih serta cergas sepenuhnya. Memang kita akan hadapi jadual perlawanan yang agak padat.

"Kita ada lima perlawanan di bulan puasa (pada Jun) dan pemain perlu bersedia dari segi fizikal dan mental," katanya kepada pemberita semasa menziarah keluarga penyokong The Red Warriors (TRW), Allahyarham Afif Asyraf Yahya di Kampung Kubang Batang di sini hari ini.

Afif Asyraf maut dalam nahas yang membabitkan dua buah kereta dan sebuah treler di Km 105, Jalan Kota Baharu-Gua Musang dekat Kuala Krai pada 24 Mei lalu, semasa dalam perjalanan pulang dari menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pemain dan pihak pengurusan TRW turut menghulurkan sumbangan kepada ibu Allahyarham, Azizah Abdul Rahman, 67. TRW kini berada pada kedudukan tiga tercorot daripada 12 pasukan Liga Super selepas kesemua pasukan mengharungi 10 perlawanan. - Bernama

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/58924

No comments:

Post a Comment