Yatimin Abdullah
02 Mac 2017 12:56 PM
KOTA BHARU 2 Mac - Pengendali
Kelantan, Zahasmi Ismail tidak dapat menahan sebak sekaligus mengalirkan air
mata sejurus pasukannya mencatatkan kemenangan 4-2 keatas Perak pada aksi Liga
Super di Stadium Ipoh malam tadi.
ZAHASMI ISMAIL
Tanpa berselindung, Zahasmi
mendedahkan tangisan itu merupakan simbolik kepada tekanan yang dialaminya
selepas The Red Warriors (TRW) tumbang tiga kali berturut-turut pada aksi liga
sebelum ini.
"Kita menang bukan sebab
jadi juara, tetapi selepas tiga kali kalah bermacam-macam kritikan yang telah
dilemparkan terhadap saya dan TRW.
"Hanya yang berada dalam
pasukan ini sahaja tahu betapa susahnya buat saya dan barisan pemain untuk
mengharungi saingan Liga Super," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia
di sini hari ini.
Pada perlawanan tersebut,
tonggak import Perak, Vladislav Milchev
membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 namun jaringan hatrik Muhammad
Ghaddar pada minit ke-38, 83 dan 88 memadamkan impian Bos Gaurus untuk meraih
kemenangan di laman sendiri.
Walaupun Milchev kembali
menghidupkan peluang tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua pada masa
kecederaan namun jaringan Indra Putra Mahayuddin memastikan Kelantan membawa
pulang tiga mata berharga. - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/air-mata-zahasmi-iringi-kemenangan-kelantan-1.451293#ixzz4aBOpQyaO
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment