Ad

Friday 10 March 2017

Kelantan semakin bahaya



ARKIB : 04/09/2000
PEMAIN Pulau Pinang, Hasmawi Hassan (terbaring) cuba menyekat kemaraan pemain Perlis, Hairil Zambri Abdul Rashid pada perlawanan bola sepak kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Utama, Kangar, kelmarin. Pulau Pinang menang 2-1.

JIKA bersandarkan saingan kelmarin, tumpuan sudah pasti kepada empat skuad handalan yang menjadi pendahulu kumpulan tetapi kebangkitan beberapa pasukan menambahkan kegetiran aksi Piala Malaysia musim 2000.

Tanpa kelibat Selangor, pendahulu kumpulan A (6 mata) yang tidak beraksi kelmarin, Pahang hanya mampu mengutip satu mata selepas seri 1-1 dengan Melaka tetapi mendudukki tangga kedua dengan mengumpul keseluruhan 4 mata berbanding skuad Kancil di tangga ketiga (2 mata).

Bagaimanapun, berbanding Melaka, sebuah lagi pasukan Liga Perdana Dua iaitu Kelantan terus diberi tumpuan ramai selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur untuk menjadi pendahulu kumpulan B dengan mengumpul 7 mata.

Sementara, Perlis hanya menduduki tangga kedua kumpulan B berdasarkan kiraan jaringan selepas berkongsi 4 mata dengan Pulau Pinang, gara-gara kalah tipis 1-2 kepada skuad Harimau Kumbang itu di gelanggang sendiri, Stadium Utama, Kangar.

Kemenangan Pulau Pinang membuka kembali ruang lebih luas kepada skuad Harimau Kumbang untuk terus bersaing dalam kumpulan tersebut setelah mengalami kekalahan 0-3 kepada Kelantan sebelum ini.

Dalam kumpulan C pula, Sarawak menjadi pendahulu dengan 6 mata di hadapan setelah beraksi cemerlang sebelum menewaskan Johor FC 2-0.

Walaupun tewas, Johor FC mempunyai peluang kerana mempunyai persamaan 4 mata dengan Terengganu walaupun berada satu anak tangga di belakang skuad Penyu yang menduduki tempat kedua berdasarkan kiraan jaringan.

Terengganu gagal melebarkan jurang selepas tewas mengejut 0-2 kepada Sabah di Stadium Likas.

Negeri Sembilan meneruskan kemenangan kali ketiga berturut-turut selepas membelasah Kedah 4-0 untuk mengungguli tangga pertama kumpulan D dengan mengutip keseluruhan 9 mata. Ini diekori rapat oleh Perak, pasukan tangga kedua (7 mata) yang menewaskan Johor 3-2, pasukan selatan tanah air senasib Kedah kerana hanya mampu satu mata setakat ini.

Oleh: ZAINUL AZHAR ASHARI
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4aytk891p

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment