WARTAWAN SINAR HARIAN
2 MAC 2017
Dollah puji semangat juang
tinggi pemain Pahang Pemain Pahang Mohd Afif Amiruddin (kiri) meraikan jaringan
golnya bersama rakan sepasukan, Mohamad Ashari Samsudin ketika aksi Liga Super
menentang PKNS di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
SKUAD Pahang di bawah kendalian
Dollah Salleh terus mengekalkan rentak kemenangan apabila mudah menundukkan
PKNS 3-0 di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
Bagi Dollah, persembahan
pemainnya perlu dipuji kerana mampu kekal fokus 100 peratus setiap perlawanan
selain semangat juang tinggi dipamerkan skuad Tok Gajah itu.
“Bagi saya, kemenangan ini
bukannya senang kerana kami perlukan komitmen tinggi pemain yang agak keletihan
akibat jadual yang padat.
“Pemain juga menunjukkan
disiplin yang tinggi dan ini sememangnya semangat yang saya harapkan oleh semua
pemain,” katanya.
Dalam perlawanan kelmarin,
pemain pertahanan, Mohd Afif Amiruddin menjaringkan gol pertama pada minit
ke-12 selepas menerima hantaran daripada Joseph Kalang Tie.
Tidak mudah puas dengan satu
gol, Pahang terus melancarkan serangan dan gol kedua diperolehi menerusi
sepakan penalti Matheus Alves m-57.
Pada minit ke-69, pemain tengah
tuan rumah, Ashari Samsudin menambah derita lawan apabila menjaringkan gol
ketiga buat Tok Gajah.
Mengulas lanjut, Dollah turut
memuji pertahanannya yang kental bertahan dan berjaya mengelakkan daripada
dibolosi.
“Pada separuh masa pertama
perlawanan, saya lihat pemain masih
gagal temui rentak dan gagal beraksi dengan baik, namun ia berubah apabila
masuk separuh masa kedua.
“Wan Azraie Wan Teh (penjaga
gol) memainkan peranan penting kerana menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya
pada separuh masa pertama hasil serangan pantas pasukan lawan,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 2
MAC 2017
No comments:
Post a Comment