Dollah dalam dilema pilih
pemain. FOTO tokgajah.com
BERNAMA
Kuantan: Ketua jurulatih
Pahang, Dollah Salleh berkata kemenangan ke atas Melaka United dalam saingan
Piala FA pada Sabtu ini mampu memulihkan kembali semangat dan moral pemainnya.
Beliau berkata ia juga secara
langsung akan memperbaiki imej skuad Tok Gajah yang tercalar selepas tewas 2-3
kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.
"Saya tidak sabar menunggu
perlawanan ini berlangsung di Stadium Darul Makmur. Ini kerana aksi itu mampu
memulihkan kembali imej pasukan, semangat dan moral pemain kami.
"Walaupun prestasi Melaka
United sejak kebelakangan ini tidak begitu menjadi, kita tidak boleh menganggap
mudah dengan cabaran mereka kerana mana-mana pasukan bermain dalam Liga Super
adalah yang terbaik," katanya.
Dollah berkata pemain skuadnya
bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama hingga menyebabkannya kadang
kala dalam dilema untuk memilih pemain bakal diturunkan pada setiap perlawanan.
"Ramai boleh beraksi
sehingga ada dalam kalangan pemain utama kami yang bimbang mendapat kecederaan
kerana enggan tempat mereka diambil rakan lain. Cuma saya risau mereka rasa
hampa jika tidak diturunkan dan ini boleh menjejaskan moral mereka.
"Nasihat saya adalah agar
mereka tidak rasa kecil hati dan terus mempamer prestasi (cemerlang) kerana
ruang untuk mereka beraksi sentiasa terbuka," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 12:45 PM
No comments:
Post a Comment