Tarikh baharu akan diumumkan
AFC
Bola
10 Mac 2017 6:50 PM
KUALA LUMPUR 10 Mac.
-Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang
dijadualkan berlangsung di Pyongyang pada 28 Mac ini, ditangguhkan kepada
tarikh baharu yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Perkara tersebut disahkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini, menerusi
satu kenyataan media.
“Jawatankuasa Pertandingan AFC
pada Jumaat memutuskan untuk menangguhkan perlawanan pusingan akhir kelayakan
Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia.
“Perlawanan itu dijadualkan
berlangsung di Pyongyang pada 28 Mac 2017 tetapi Jawatankuasa Pertandingan AFC
mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan selepas peningkatan
ketegangan diplomatik antara Kerajaan Korea Utara dan Malaysia.
“Satu tarikh baharu untuk
perlawanan itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata AFC dalam kenyataan
itu. - UTUSAN ONLIN
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aksi-malaysia-bertemu-korea-utara-ditangguhkan-1.454481#ixzz4ay5yIEP6
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment