ZAH Rahan (kanan) rai jaringan
bersama rakan sepasukan.
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Shah Alam: Pengendali FELDA
United, B Sathianathan menyifatkan kelekaan anak didiknya dalam 10 minit
terakhir antara punca pasukannya sekadar memungut satu mata ketika berdepan
Hanoi FC dalam aksi Kumpulan G Piala AFC biarpun sebelum itu memimpin
perlawanan dari awal.
FELDA yang mendahului 1-0 hasil
percubaan cantik tonggak importnya, Zah Rahan Krangar pada minit ke-22
bagaimanapun gagal dipertahankan apabila pelawat berjaya menyamakan kedudukan
pada minit-minit akhir sekali gus mengecewakan penyokong tuan rumah.
“Pemain saya tidak menyimpan
bola ke tepi sebaliknya dalam enam dan lima minit terakhir banyak membuang bola
di bahagian tengah yang jelas dikuasai pihak lawan.
“Cuma apa yang saya tak puas
hati cara kami simpan bola. Patutnya bola itu disimpan ke tepi padang,
sebaliknya dalam enam dan lima minit terakhir kami banyak membuang bola di
bahagian tengah yang jelas dikuasai pihak lawan.
“Itu kesilapan kami yang saya
tidak gemar dan perlu kami perbaiki selepas ini. Apa yang pasti, kesilapan itu
agak menyedihkan kerana kami hampir mencapai kemenangan,” katanya.
Pada aksi yang berlangsung
dalam hujan lebat itu, The Fighters nyata selesa menguasai permainan sepanjang
45 minit pertama berbanding pelawat yang sukar menyesuaikan diri atas permukaan
padang licin dan becak.
Serangan bertubi-tubi ke kubu
Hanoi FC akhirnya membuahkan hasil selepas Zah Rahan bijak memperdayakan
penjaga gol pelawat menerusi lambungan dari luar kotak penalti yang tepat
menuju ke gawang pelawat pada minit ke-22.
Pada minit ke-89, Do Hung Dung
muncul penyelamat apabila rembatan derasnya berjaya menewaskan Farizal Harun
yang sebelum itu beraksi cemerlang menggagalkan deretan percubaan pelawat.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 8:26 AM
No comments:
Post a Comment