1.Bincangkan struktur
masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam. 20m
Jahiliah berasal
daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh. Ungkapan perkataan ini dikaitkan
dengan masyarakat yang muncul di
Semenanjung Tanah Arab yang mempunyai
akidah yang sesat serta akhlak yang amat buruk. Keadaan ini berlangsung kira-kira 30 tahun, iaitu
selepas runtuhnya Empangan Ma'arib
hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada
tahun 610. Sejarawan Islam mencatatkan
terdapat empat ciri umum
masyarakat pada tempoh masa tersebut, iaitu masyarakat yang tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan, berakhlak
buruk, tidak berperadaban (bertamadun),
dan majoriti masyarakatnya buta
huruf.
Masyarakat Arab pada zaman tersebut terbahagi kepada dua kelompok utama, iaitu masyarakat Arab
Badwi dan Arab Hadhari. Masyarakat Arab Badwi tinggal di kawasan pedalaman
berhampiran dengan sumber air di oasis atau wadi. Mereka mengamalkan
kehidupan bercorak nomad iaitu
berpindah-randah dari satu tempat ke tempat
yang lain. Aktiviti masyarakat Arab Badwi ini lebih tertumpu kepada
penternakan dan pertanian di
kawasan yang terdapat sumber bekalan air. Hal ini kerap menjadi
rebutan sesama mereka hingga mencetuskan ketegangan.
Namun
berbeza dengan masyarakat
Arab Hadhari yang tinggal kekal
di bandar-bandar besar seperti Makkah, Yathrib, dan Yaman. Kegiatan harian
masyarakat Arab bandar dikaitkan dengan aktiviti perdagangan sama
ada secara kecil-kecilan atau
merentasi sempadan geografi. Contohnya, kabilah Quraisy menjalankan aktiviti
perdagangan ke Syam pada
musim panas manakala pada musim
dingin, aktiviti tersebut
beralih keYaman.
Kedua-dua masyarakat ini mengamalkan kehidupan
bercorak kabilah. Anggota dalam
sesebuah kabilah mempunyai pertalian darah antara satu sama lain. Seandainya ada individu yang
berhasrat menganggotai kabilah lain, ia perlu bersumpah di hadapan patung berhala.
Setiap kabilah akan
diketuai oleh pemimpin bergelar
syeikh yang mempunyai kuasa mutlak.Walaupun dinasihati oleh Majlis Kabilah, kuasa tetap di tangan
syeikh. Ahli-ahli kabilah wajib mencurahkan kesetiaan sepenuhnya
kepada kabilah masing-masing.
Setiap kabilah akan memegang
suatu fahaman yang dinamakan 'asabiyyah
bagi menjamin kekuatan dan keutuhan
kabilah tersebut serta
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh anggota dalam sesuatu kabilah. Fahaman 'asabiyyah berperanan menghidupkan aktiviti
sosioekonomi dan politik sesebuah kabilah. Fahaman inilah juga yang
sering mencetuskan keadaan huru-hara;
tanpa mengira benar atau
salah setiap individu dalam sesuatu perkara, kabilah akan
mempertahankannya.
Keadaan bertambah buruk apabila
peperangan yang dilancarkan semata-mata mahu menunjukkan kemegahan dan kekuatan kabilah serta menjadikan tawanan-tawanan perang sebagai hamba.
Dalam masyarakat jahiliah, wujud juga
jurang sosial yang luas antara golongan
bangsawan dengan golongan bawahan
khasnya hamba. Susun lapis atau organisasi sosial
yang wujud begitu tegar.
Bagi kaum
wanita, mereka langsung tidak mendapat tempat sama ada dalam keluarga apatahlagi dalam kabilah. Kelahiran bayi-bayi perempuan
dianggap menjatuhkan maruah keluarga. Oleh sebab itu, timbul amalan membunuh bayi-bayi
perempuan. Pendek kata, kaum wanita pada zaman tersebut hanya dianggap sebagai objek untuk
memuaskan hawa nafsu.
Berhubung dengan nilai mulia dan hina,
ukurannya dinilai berdasarkan
kekayaan, kemahiran dan ilmu yang
dimiliki serta keturunan yang diwarisi. Individu yang kaya seperti pedagang, ahli sihir, dan pahlawan akan
disanjung dan dipandang mulia, sedangkan mereka yang miskin dan hamba dipandang hina oleh masyarakat.
Kesimpulannya, struktur
masyarakatArab sebelum Islam
jelas mencerminkan masyarakat
yang ketinggalan atau mundur, berpecah
belah dan mengamalkan diskriminasi.
Namun senario tersebut mula berubah
apabila Nabi Muhammad SAW
membawa nur yakni agama Islam yang mengubah peradaban
masyarakat Arab menjadi lebih mementingkan keadilan, persaudaraan dan
persamaan, sekali gus merealisasikan
konsep ummah.
2.Huraikan kejayaan-kejayaan
yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang pemerintahannya, 20m
Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui
revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan kerajaan Umayyah pada tahun
750N dan bertahan sehingga tahun 1258M. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini,
terdapa beberapa orang pemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun
al-Rasyid . Baginda merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi.
Sebelum menaiki takhta baginda memegang jawatan Gebenor sehinggalah dilantik
sebagai Putera Mahkota pada tahun 782M. Keperibadiannya yang bijaksana .
berilmu dan cekap dalam siasah telah membolehkan kerajaan Abbasiyah semasa
pemerintahan baginda menuju era kegemilangan.
Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalin
hubungan dengan negara-negara lain seperti Byzantine, Perancis dan andalus bagi
meluaskan syiar Islam yang sekali gus mengukuhkan kerajaan. Hubungan antara kerajaan
tersebut dengan Perancis dijalin kerana Perancis juga bermusuhan dengan kerajan
Umayyah di Andalus. Hubungan Khalifah Harun al_Rasyid dengan Charlemagne amat
erat, malah sering bertukar cenderahati antara satu sama lain.
Khalifah Harun al-Rasyid juga berjaya
memaksa Byzantine membua perdamaian dengan kerajaan Abbasiyah berikutan
tindakan tentera kerajaan tersebut yang menyerang wilayah Islam di Asia Minor.
Melalui perjanjian tersebut, Byzantine bersedia membayar 90 000 dirham kepada
Khalifah Harun al_Rasyid dan membenarkan Islam berkembang di Byzantine.
Keengganan Nicephorus menepati perjanjian awal yang telah dimeterai menyebabkan
Khalifah Harun al-Rasyid memimpin tentera Islam menuju Asia Monor . Baginda
berjaya menawan beberapa buah wilayah seperti Heraclen, Tyans, Iconium dan
Emphesus sehingga memaksa Nicephorus tunduk semula serta sanggup membayar ufti
kepada kerajaan Islam.
Khalifah Harun telah mengehadkan serta
menghapuskan pengaruh keluarga Barmaki yang semakin kukuh. Antara tindakan yang
dilakukannya ialah dengan mengahwini puteri Jaafar bin Yahya al-Barmaki,
diikuti membunuh tokoh-tokoh yang berbahaya seperti Yahya al-Barmaki dalam
kerajaan baginda. Baginda juga telah menghantar Ibrahim Aghlabiah untuk
menghapuskan pemberontakan di Nosol, Armenia dan Afrika Utara.
Khalifah Harun juga menyusun semula
angkatan tentera dan membuat kawalan rapi di lautan dan pelabuhan bagi menjamin
keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah, sekali gus dapat
memastikan kestabilan politik dalam negeri.
Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun
menekankan soal kemajuan dalam bidang pertanian dan perdagangan .Baginda
menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta memberikan bekalan benih secara
percuma kepada para petani . Baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan dan
rampasan perang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan.
Khalifah Harun juga telah memajukan
Baghdad sebagai pusat perdagangan dengan meluaskan hubungannya ke Eropah ,
China dan India serta membina jalan-jalan dari Iraq ke Laut Merah , Laut
Mediterranean , Tunisia dan Maghribi.
Khalifah Harun juga mencintai ilmu
pegetahuan, Sebagai bukti, baginda menggalakkan kedatangan para sarjana ke
Baghdad bagi mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu yang berkaitan.
Pusat-pusat pengajian telah didirikan seperti sekolah, masjid dan maktab.
Buku-buku asing juga turut diterjemah dalam bahasa Arab. Oleh itu beginda telah
membina Baitul Hikmah untuk menempatkan buku-buku berkaitan ilmu astronomi ,
perubatan, falsafah, sejarah dan geografi.
Bandar-bandar Islam seperti Madinah,
Kufah dan Kaherah telah dijadikan pusat keilmuan. Pada zaman ini, muncul
beberapa orang cendikiawan Islam terkenal seperti Imam Muhammad, al-Hajjaj bin
Matar, Yuhanna Musawaih dan Sufian al-hauri. Perkembangan intelektual pada
zaman Khalifah Harun al-Rasyid amnya dapat dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu
kegiatan pembukuan, penyusunan ilmu pengetahuan agar tidak menyimpang daripada
syariat Islam dan kegiatan penterjemahan.
Kesumpulannya, zaman pemerintahan
Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zaman kegemilangan kerajaan
Abbasiyah kerana baginda bukan sahaja
berjaya menghapuskan atau memadam apa jua bentuk penentangan tetapi yang paling
penting mampu mewujudkan sebuah negara yang makmur dengan ekonomi yang teguh.
3.Buktikan kepimpinan Sultan
Muhammad al-Fatih pada zaman keagungannya. 20m
Permusuhan kerajaan Islam
dengan Byzantine telah berlaku sejakzaman Nabi Muhammad SAW. Kewujudan dan
gerakan tentera Byzantine merupakan suatu ancaman yang perlu dibendung oleh
pemimpin kerajaan Uthmaniah bagi mengelak belakunya musibah. Kekuatan kerajaan
Uthmaniah begitu terserlah sewaktu pemerintahan Sultan Mehmed II atau Sultan
Muhammad al-Fatih. Baginda memerintah kerajaan Uthmaniah sebanyak dua kali,
kali pertama pada tahun 1444-1446 dan kali kedua pada tahun 1451-1481 M.Baginda
digelar al-Fatih yang bermaksud pembuka atau penakluk iaitu hasil kejayaannya
membentuk angkatan tenteran yang mantap
serta membuka kota Constantinople.
Kejayaan kepimpinannya yang pertama ialah
membuka Koa Constaninople. Sebelum bertindak menyerang Kota Constantinople,
baginda telah melakukan kajian terperinci. Baginda juga sering berbincang
dengan para panglimanya serta menyediakan angkatan tentera yang terlibat dalam
serangan tersebut dengan semangat jihad. Baginda juga menyediakan peralatan
perang moden seperti meriam. Setelah 53 hari mengepung kota tersebut , akhirnya kota tersebut berjaya
dikuasai oleh umat Islam.
Bukti kempimpinan baginda yang kedua
ialah menambah bilangan penduduk Kota Constantinople. Bagi menambah bilangan
penduduk Kota ini, baginda telah mengarahkan orang-orang Yunani yang
meninggalkan kediaman mereka supaya kembali semula ke Kota Konstanttinople.
Selain itu baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya
menghantar wakil-wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.
Galakkan tersebut menyebabkan, orang Islam dari Asia berpindah secara
beramai-ramai untuk menjalankan aktiviti perniagaan memandangkan kedudukan kota
tersebut yang strategik.
Bukti ketiga ialah baginda berjaya
menyatukan empayar Utara Balkan. Tujuannya untuk menyekat serangan kaum Magyar.
Bagi merealisasikannya baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia.
Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan
Albania yang berhasrat untuk menjatuhkannya. Kesannya, kekuatan kerajaan
Uthmaniyah semakin berkembangan di Eropah.
Bukti kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih
yang keempat ialah baginda berjaya menghapuskan kerajaan-kerajaan kecil di
Eropah. Antara kerajaan tersebut ialah Trebizond, iaitu kerajaan Yunani yang
terakhir di Asia Kecil.Baginda juga berjaya mengalahkan tentera Venice serta
menamatkan kebangkitan kaum Venetian
pada kali kedua.
Bukti kelima,baginda mendirikan masjid.
Contohnya, Gereja St. Sophies dijadikan pusat ibadat orang Islam. Pada hari ini
gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia. Seni bina bangunan tersebut
dibuah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi
dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah, manakala pada bahagian
luar masjid dibina sebuah menara. Pada zaman sultan berikutnya, bilangan menara
bertambah menjadi tiga buah.
Bukti kepimpinan keenam ialah, baginda
mendirikan bangunan-bangunan lain. Sultan Muhammad telah mendirikan institusi
pendidikan seperti masrasah dan perpustakaan. Tindakan ini menggambarkan
baginda seorang pemerintah yang amat mementingkan aspek pendidikan. Bagi
menjaga kebajikan rakyat, baginda telah mendirikan hospital, rumah kebajikan,
rumah untuk orang fakir dan miskin serta kemudahan telaga. Bagi menjamin
keselamatan negara dan rakyat pula, baginda telah membina limbungan kapal,
gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.
Kesimpulannya, kejayaan Sultan Muhammad
al-Fatih menguasai ibu kota kerajaan Byzantine, iaitu Kota Constantinople
merupakan catatan sejarah terpenting
dalam perjuangan umat Islam. Kejayaan ini telah membolehkan Islam
berkembang pesat dan diterima sebagai pedoman hidup oleh pelbagai bangsa. Malah
kemenangan ini bolehlah dibaratkan sebagai kemenangan mutlak kerana Byzantine
kini telah hampir dapa dilenyapkan.
2.Huraikan perlaksanaan sistem
naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7
hingga 19 [20m]
Kewujudan sesebuah negara yang
dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai
politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai
ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang
bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa'
al-Rasyidin.
Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya
amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah
dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah
Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima
agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam.
Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh
Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain
al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan
kerajaan Islam Madinah.
Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula
menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah
naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan
kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di
sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani
perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan
kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan
keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan
ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan
segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis
kepada pemerintahan Islam.
Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut
sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di
bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan
Byzantine dalam beberapa siri peperangan.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman
bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan
berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah.
Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.
Pada zaman kerajaan Umayyah terutama
sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi
ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa
buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.
Kempen ketenteraan di India di bawah
pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha,
iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan
penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.
Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi
ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang
enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau
jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin
Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima
Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau
menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai
jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.
Kesimpulannya naungan yang diperoleh
daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara
lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap
anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan
kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi
4.Huraikan perlaksanaan sistem
naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7
hingga 19 [20m]
Kewujudan sesebuah negara yang
dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai
politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai
ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang
bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa'
al-Rasyidin.
Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya
amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah
dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah
Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima
agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam.
Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh
Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain
al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan kerajaan
Islam Madinah.
Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula
menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah
naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan
kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di
sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani
perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan
kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan
jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi
semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah
yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan
Islam.
Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut
sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di
bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan
Byzantine dalam beberapa siri peperangan.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman
bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan
berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah.
Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.
Pada zaman kerajaan Umayyah terutama
sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi
ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa
buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.
Kempen ketenteraan di India di bawah
pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha,
iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan
penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.
Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi
ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang
enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau
jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin
Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima
Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau
menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai
jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.
Kesimpulannya naungan yang diperoleh
daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara
lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap
anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan
kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi
5.Huraikan kesan
perjanjian-perjanjian yang ditandatangani
antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17
hingga 19. [20m]
Pendahuluan
Selepas pemerintahan Sultan
Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan
semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi
tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan
konflik yang timbul.
Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV
(1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan
perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan
Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa
kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas
wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah
kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
Sultan Muhammad IV telah menandatangani
perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui
perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia
dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah
kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.
Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III
(1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah
pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada
zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz
(1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah
di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada
Habsburg dan Poland. .
Serangan demi serangan yang dilancarkan
oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun
1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan
Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan
Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.
Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri
peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia
Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.
Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan
Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang
Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan
suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan
wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan
Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan
Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti
apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu
pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan
Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada
kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.
Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan
Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia
telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini
diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini
menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran
pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru,
kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.
Kesimpulannya kegagalan
kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada
kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan
mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan
permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan
tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.
No comments:
Post a Comment