PEMAIN Kedah, Liridon Krasniqi
(kanan) melakukan asakan ke gawang Melaka United pada aksi Liga Super yang
menyaksikan skuad Helang Merah menang 4-0 di Alor Setar malam tadi.
JUARA Piala Malaysia 2016,
Kedah mengekalkan rekod tanpa kalah setelah menewaskan Melaka United 4-0 dalam
aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Skuad Helang Merah bimbingan
Tan Cheng Hoe yang dalam misi memburu trofi kedua selepas merangkul Piala
Sumbangsih awal musim ini membuka tirai jaringan menerusi penyerang import dari
Denmark, Ken Ilso Larsen pada minit ke-33.
Sandro Da Silva turut mencatat
nama selaku penjaring apabila menghasilkan dua gol pada minit ke-48 menerusi
sepakan penalti dan 79.
Larsen terus menambah derita
Melaka United apabila menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan perlawanan.
Dalam pada itu, jersi baharu
Selangor gagal membawa tuah kepada skuad Gergasi Merah apabila tewas 0-1 kepada
Perak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Gol kemenangan The Bos Gaurus
dihasilkan menerusi sentuhan Mohamad. Zaquan Adha Abd. Radzak pada minit ke-67
dalam aksi yang turut disulami layangan kad merah kepada pemain Selangor, Ugo
Ukah setelah menerima kad kuning kedua.
Sementara itu, impian Kelantan
untuk meraih kemenangan pertama di laman keramat, Stadium Sultan Muhammad IV,
Kota Bharu berjaya direalisasikan setelah menewaskan T-Team 4-2.
Penyerang import dari Lebanon,
Mohamad Ghaddar mencatat hatrik menerusi jaringan pada minit ketujuh, 68 dan
83, manakala Mohd. Khairul Izuan Rosli turut mencatat sebagai penjaring
menerusi gol pada minit ke-76.
Gol T-Team dijaringkan oleh
Mohd. Norhakim Hassan pada minit ke-46 dan Farhod Tadjiyev pada minit akhir
perlawanan.
Di Stadium Tun Abdul Razak,
Jengka, Felda United menewaskan Sarawak 2-0, manakala Pulau Pinang terus gagal
mencatat kemenangan apabila diikat PKNS 1-1 dalam aksi di Stadium Shah Alam.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4aPrcAo9u
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment