Ad

Friday, 3 March 2017

Kim Swee umum skuad ke Pyongyang, Isnin depan

ONG KIM SWE akan mengumumkan senarai akhir skuad Harimau Malaysia yang bakal beraksi menentang Korea Utara, Isnin depan.
03 Mac 2017 4:35 PM
LONDON 3 Mac - Senarai pemain yang akan mewakili Harimau Malaysia pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 yang bakal berlangsung di Pyongyang, Korea Utara akan dikeluarkan pada 6 Mac ini.

Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, senarai 27 pemain tersebut akan dikeluarkan pada tarikh itu, hasil perbincangan beliau bersama para jurulatih pasukan yang berada di Malaysia.

“Saya akan menamakan pemain saya pada minggu depan untuk membolehkan kita memulakan latihan pada 13 Mac ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Padang Latihan Queens Park Rangers (QPR) di Harlington di sini hari ini.

Kim Swee dan penolong jurulatih, Brad Maloney berada di QPR untuk berguru dengan kelab Liga Kejuaraan England itu selama sebulan bermula pada 7 Februari hingga 8 Mac bagi membantu membentuk pasukan kebangsaan menjelang kelayakan Piala Asia 2019.

Pemergian mereka ditaja sepenuhnya oleh penaja rasmi QPR, AirAsia menerusi usaha pemilik kelab yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Dalam pada itu, ditanya tentang venue bagi perlawanan tersebut, Kim Swee berkata, buat masa ini ia masih berjalan mengikut jadual iaitu bermain di Pyongyang, namun baginya lokasi di mana ia akan berlangsung adalah tidak penting. - UTUSAN ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-umum-skuad-ke-pyongyang-isnin-depan-1.451748#ixzz4aHN9trJM © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment