Ad

Friday 17 March 2017

Dua pelajar UiTM terima anugerah Emas Jepun

ARKIB : 29/05/2001
DUA pelajar terbaik Jabatan Seramik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima anugerah emas daripada Universiti Seni Lukis Nagoya, Jepun.

Mereka ialah Khairil Nizam Mohd Aris dan Suraya Bahrum, masing-masing menerima sijil daripada rektor universiti berkenaan di samping wang tunai RM300 di UiTM, Shah Alam baru-baru ini.

Pemilihan untuk penerimaan anugerah tersebut adalah buat pertama kalinya dan ia dibuat berdasarkan keputusan terakhir pameran ijazah April 2001.

Penyelaras Program pertukaran Akademik UiTM - Universiti Nagoya, Prof. Madya Kamaruddin Kamsah memberitahu, dengan anugerah tersebut, pelajar berkenaan diterima masuk belajar di Universiti Nagoya secara automatik di peringkat sarjana.

``Dua pelajar berkenaan cuma perlu memperoleh sijil kemahiran bahasa Jepun dan tawaran biasiswa daripada mana-mana penaja untuk melanjutkan pengajian mereka,'' katanya.

Majlis penyampaian sijil berkenaan dihadiri oleh Rektor Universiti Seni Lukis Nagoya dan Dekan FSSR, UiTM Prof. Dr. Abdul Shukor Hashim.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_05.htm#ixzz4bdsd2DVO

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment