04 Mac 2017 12:19 AM
LONDON 3 Mac – Pemain yang akan
dipanggil mewakili Malaysia dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala
Asia 2019 menentang Korea Utara hujung bulan ini bukan sahaja perlu berada pada
tahap kecergasan terbaik malah mempunyai keinginan tinggi untuk bermain buat
negara, kata ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim Swee.
Katanya, barisan pemain yang
akan beraksi di Pyongyang pada 28 Mac ini akan diumumkan pada Isnin depan
sebelum latihan pertama dimulakan di pada 13 Mac.
“Kita harus bersiap sedia dalam
apa jua keadaan dan saya harap, mereka yang dipanggil dapat melaporkan diri.
Mereka bukan sahaja perlu bersedia dengan tahap kecergasan terbaik, malah
mempunyai keinginan tinggi untuk mewakili negara.
“Apa yang paling penting, kita
tidak harus fikir di mana kita akan bermain dalam perlawanan itu,” katanya
kepada pemberita ketika ditemui di Padang Latihan Queens Park Rangers (QPR) di
Harlington di sini hari ini.
Ditanya mengenai venue
perlawanan menentang Korea Utara, Kim Swee berkata buat masa ini mereka akan
kekal bermain di Pyongyang seperti dijadualkan, namun baginya lokasi perlawanan
adalah tidak penting.
“Jika kerajaan sudah membenar
atau memaklumkan yang keadaan di sana selamat, saya percaya kita tidak perlu
risau, namun jika tiada jaminan daripada kerajaan ia pasti merisaukan,”
katanya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pemain-mesti-berjiwa-kental-1.451854#ixzz4aJFmJGMg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment