Ad

Monday, 6 March 2017

Terlalu harap import punca Tok Gajah tumpas di Larkin

WARTAWAN SINAR HARIAN
5 MAC 2017
 Terlalu harap import punca Tok Gajah tumpas di Larkin
Terlalu harap import punca Tok Gajah tumpas di Larkin Dollah tetap berpuas hati semangat juang dipamerkan pemain Pahang di Larkin.
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh mengakui terlalu mengharapkan penyerang import punca Tok Gajah tewas 2-3  kepada  Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Larkin, kelmarin.

Katanya, kegagalan barisan tengah khususnya mengakibatkan permainan menjadi kucar-kacir dan gagal menembusi pertahanan JDT.

“Saya lihat punca kekalahan hari ini adalah pemain tengah kami gagal menyokong dua penyerang import kami iaitu Matheus Alves dan Sumareh Mohamadou.


“Kita dah punyai peluang kerana dapat gol dulu tetapi memberi ruang kepada pemain JDT bebas bergerak adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Dollah turut meluahkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan hingga menyebabkan pemainnya hilang fokus.

“Saya juga kecewa keputusan pengadil, bola itu tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti memandang ia berlaku selepas sepakan percuma dan terus disusuli penalti pula,” katanya.

Pada masa sama Dollah juga  turut memuji prestasi Matheus Alves berikutan gol kedua hasil sepakan percuma yang diambilnya membuahkan gol yang cantik dan sukar berlaku.

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 5 MAC 2017

No comments:

Post a Comment