WARTAWAN SINAR
HARIAN 1 DISEMBER 2018
Penyudah
Harimau Malaya tumpul
Aksi Kapten
Harimau Malaya, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (kanan) dan pemain kebangsaan,
Mohamed Syamer Kutty Abba (kiri) sewaktu menentang Thailand pada perlawanan
separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil,
malam ini. - Foto Bernama
DERETAN
peluang keemasan yang gagal diterjemahkan dengan jaringan memastikan Harimau
Malaya sekadar seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF
Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Mendominasikan
perlawanan dan memiliki sekurang-kurangnya empat peluang keemasan pada separuh
masa pertama dan lima babak kedua menceritakan situasi sebenar jentera serangan
tuan rumah yang tumpul.
Mempertaruhkan
kesebelasan utama ketika membenam Myanmar, Sabtu lalu, anak didik Tan Cheng Hoe
mempamerkan keinginan memburu gol awal apabila terus melakukan serangan selepas
wisel perlawanan dibunyikan pengadil perlawanan, Ahmed Abu Bakar Said Al Kaf
dari Oman.
Keghairahan
Malaysia menyerang jelas kelihatan apabila Safawi Rasid melakukan rembatan dari
luar kotak penalti seawal minit ke 4 namun tersasar melepasi palang gol
Thailand.
Safawi terus
rakus merobek gawang Thailand apabila sekali lagi melakukan rembatan pada minit
ke 19 namun dinafikan benteng terakhir pelawat, Chatchai Bootprom.
Harimau Malaya
seharusnya berada dihadapan pada minit ke 25 namun Mohamadou Sumareh yang
mendapat umpanan cantik dari ketua pasukan, Zaquan Adha dalam kotak penalti
merembat liar melepasi palang gol ketika hanya berhadapan dengan Bootprom.
Selang tiga
minit kemudian, Sumareh sekali lagi memiliki peluang terhidang hasil serangan
balas yang dijanakan Zaquan serta Norshahrul Idlan Talaha, namun pemain
naturalisasi negara itu gagal meletakkan bola dalam gawang pelawat.
Corak serangan
yang dipamerkan Harimau Malaya berterusan dengan permainan dikuasai penuh tuan
rumah namun gagal mengegarkan jarring sehinggalah kedua-dua pasukan beredar
memasuki bilik persalinan dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Penyerang
kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba merampas bola dari penjaga gol
Thailand Chatchai Bootprom dalam aksi separuh akhir pertama Kejohanan Piala AFF
Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Bernama
Tanpa sebarang
pertukaran , Harimau Malaya terus memberi tekanan kepada Gajah Perang sebaik
babak kedua bermula.
Sumareh terus
memiliki peluang pada minit 61 namun rembatan lemahnya mudah didakap kemas
Bootprom untuk mengecewakan kira-kira 85,000 penyokong Malaysia yang hadir
memenuhi stadium.
Menyedari
jentera serangan perlu dipertajamkan, Cheng Hoe melalukan pertukaran pertama
dengan mengeluarkan Sumareh dan memasukkan Hazwan Bakri pada minit ke 64.
Hantaran
pendek Zaquan dengan Mat Yo dalam kotak penalti hampir meletakkan pasukan di
hadapan namun gagal disudahkan dengan sempurna Mat Yo.
Harimau Malaya
terus membuat pertukaran dengan mengeluarkan Syazwan Andik yang mengalami
kecederaan dan menggantikan dengan Nazirul Naim pada minit ke-70 selain
kemasukan Shahrel Fikri yang menggantikan Zaquan Adha.
Malaysia terus
melakukan serangan bertali arus bagi menembusi gawang pelawat namun usaha
tersebut gagal sehinggalah tamat perlawanan.
Malaysia bakal
berkunjung di Stadium Rajamangala, Rabu ini untuk aksi timbal balik yang akan
menentukan pasukan layak beraksi di pentas akhir
SUMBER-SINAR
HARIAN ONLINE 1 DISEMBER 2018
No comments:
Post a Comment