SUKAN»Bola
Rabu, 20 November 2019 | 9:08pm
Gambar fail, Jurulatih Skuad Kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee (tengah) memerhatikan sebahagian pemain skuad kebangsaan Sukan SEA 2019 berlatih sebagai persiapan menjelang Sukan SEA 2019 Filipina di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto Aizuddin Saad
Ambil peluang ketiadaan Safawi - Kim Swee
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Ketiadaan Safawi Rasid dalam skuad negara ke Sukan SEA di Filipina perlu dilihat secara positif dan kekosongan yang ditinggalkan tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya pemain lain.
Sekali pun berat, pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee berkata keputusan untuk mengeluarkan nama Safawi adalah demi kebaikan pemain berkenaan.
"Ini adalah keputusan saya selepas memikirkan tentang kebaikan Safawi ketika dia bermain dalam banyak perlawanan dengan kelab dan juga pasukan negara kita.
“Safawi faham kenapa dia tidak dipilih dan ia demi kebaikannya, kebaikan JDT dan pasukan kebangsaan.
"Demi kebaikan semua, saya terpaksa memutuskan untuk Safawi berehat dan saya harap semua pihak faham dengan apa yang saya lakukan.
"Ini membuka ruang kepada pemain lain. Kalau Safawi berada dalam skuad mungkin peluang tertutup seorang atau dua pemain tetapi dengan ketiadaan Safawi, ia beri peluang kepada mereka untuk membuktikan dan mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama mahupun senarai terakhir 20 pemain," katanya.
Bintang JDT itu ketika ini berada pada tahap terbaik termasuk meledak dua gol untuk membantu Harimau Malaya mengatasi Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Ketika ini, Kim Swee yakin seluruh pemain akan berada pada tahap terbaik menjelang sepak mula menentang Myanmar, Isnin ini.
"Sudah tentu waktu yang singkat. Dalam beberapa hari latihan lagi, saya percaya kita mampu mendapatkan keserasian yang baik," katanya.[i]
No comments:
Post a Comment