Ad

Wednesday, 13 November 2019

Kelantan Utd sedia hadapi Liga Perdana


MyMetroArena
 
Syaherah Mustafa
cnews@nstp.com
KELANTAN United FC sedia membuat pelbagai analisis serta memperkemaskan pasukan bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam Liga Perdana musim depan.

Ketua jurulatih Zahasmi Ismail berkata, usaha itu termasuk menambah pemain import kepada empat orang termasuk mengambil seorang pemain dari Asia.

Katanya, ia bergantung kepada peluang dan kemampuan yang ada supaya Kelantan Utd lebih kuat dan mantap untuk mencabar mana-mana pasukan yang bermain di Liga Perdana.

“Beberapa perkara yang perlu difikirkan kerana banyak perbezaan antara Liga M3 berbanding Liga Perdana yang nyata lebih mencabar. Jadi persediaan rapi dari segenap perkara perlu dilakukan termasuk kekuatan fizikal dan mental.

“Tentunya kami akan membuat persediaan terbaik bagi Liga Perdana musim depan namun buat masa terdekat kami akan berehat sebentar selepas 10 bulan berhempas-pulas demi mendapatkan kejuaraan di Liga M3.

“Saya sendiri amat berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan setiap pemain selain kerja keras pengurusan serta sokongan padu penyokong,” katanya ketika ditemui selepas meraikan kepulangan pemain skuad itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

Kelantan Utd dinobat sebagai juara Liga M3 apabila seri 2-2 dengan ATM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin.

Pasukan itu mengumpul 66 mata selepas 26 perlawanan seterusnya tidak mampu dicabar lagi oleh Kuching FA yang berada di tangga kedua biarpun berbaki dua perlawanan.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 1:37 PM


No comments:

Post a Comment