Ad

Friday 15 November 2019

Tackle berguling' Aidil Zafuan curi tumpuan [VIDEO]

MyMetroUtama
Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

PERLAWANAN bola sepak Malaysia menentang Thailand semalam dipenuhi aksi warna warni apabila tindakan kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak melakukan 'rolling tackle' menjadi tular di seluruh dunia.

Pada perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 itu, Malaysia berjaya menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perkongsian video dimuat naik Troll Football Media meraih 1.3 juta tontonan setakat 8 malam hari ini.

Kebanyakan peminat pasukan kebangsaan memuji kesungguhan kapten Malaysia itu demi merebut peluang mendapatkan bola.

Pelbagai komen mencuit hati membanjiri laman Twitter itu antaranya @OmgjaiYALLL meminta aksi itu tidak disebar bimbang Aidil Zafuan dibeli pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester United (MU).

“"Jangan sebar sangat takut nanti MU beli harga tak masuk akal," tulisnya.

Bagi @aiman_hakimmm dia terkejut kerana pengendali laman Twitter itu melihat perlawanan pasukan Malaysia.

“Serious la @TrollFootball pun tengok Malaysia main. Terbaik," tulisnya.

Selain itu, bagi @Abammidi memuji aksi Aidil yang dianggap bukan calang-calang pemain boleh lakukan.

“Aku macam tak percaya aksi kapten Malaysia masuk @Troll_Football, bukan calang-calang atau aksi cap ayam boleh masuk sini walaupun hanya troll perkara bola sepak. Syabas Malaysia kerana berjaya menewaskan Thailand," tulisnya.

Malah, pendapat sama turut dikongsi oleh @deneiii yang bangga dengan aksi dilakukan pemain Malaysia itu.

"Ini yang sayang Malaysia," tulisnya.

Di Facebook, beberapa 'page' seperti Troll Football Media, Football Siao, Terengganu 11 dan Johor DT turut memuat naik video sama dengan pelbagai komen ditinggalkan netizen.
Muhammad Haziq
@yourexfattyman
Style nak mateyyyyy gaisss skill ni ha#HarimauMalaya

20K
10:49 PM - Nov 14, 2019
Twitter Ads info and privacy
23.7K people are talking about this
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 8:55 PM

No comments:

Post a Comment