Ad

Thursday, 7 November 2019

Harimau Malaya perlu elak tekanan


SUKAN»Bola
Khamis, 7 November 2019 | 9:58pm
 
Pemain Skuad Harimau Malaya giat berlatih pada sesi latihan skuad kebangsaan di Padang Wisma FAM hari ini. - Foto BERNAMA
 Harimau Malaya perlu elak tekanan
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengingatkan semua pemain supaya tidak terlalu tertekan dengan harapan tinggi daripada seluruh penyokong Harimau Malaya bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Thailand serta Indonesia pada 14 dan 19 November ini.

Sebaliknya, bekas pengendali Kedah itu berharap pemain Harimau Malaya dapat memberikan fokus lebih 100 peratus terhadap misi mendapatkan keputusan positif dalam dua perlawanan itu.

Katanya, dia tetap optimis anak buahnya mampu meraih keputusan positif sekiranya prestasi terbaik dapat dipamerkan, apatah lagi memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Kita kena ada keyakinan untuk berdepan mana-mana pasukan. Saya sentiasa pesan kepada pemain untuk beri fokus sepenuhnya terhadap perlawanan.

"Memang harapan tinggi diletakkan untuk pasukan meraih kemenangan tapi apa yang penting kita perlu tampil dengan aksi terbaik," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Sebelum menentang Thailand dan Indonesia, Harimau Malaya akan berdepan Tajikistan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan pemanas badan berdepan Tajikistan, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan memberikan peluang untuk pemain yang baharu dipanggil membuktikan kemampuan mereka.

"Secara keseluruhan kita bermain dengan baik (dalam aksi sebelum ini) cuma tidak mendapatkan kemenangan saja. Bagi saya pemain utama masih penting dan relevan buat pasukan.

"Tapi kita akan lihat jika perlu buat pertukaran dari segi kesebelasan utama atau sebaliknya. Sebagai jurulatih, ia tugas saya untuk mencari ramuan terbaik dan kita tidak boleh bagi terlalu banyak alasan," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 7 November 2019 | 9:58pm

No comments:

Post a Comment