Ad

Wednesday, 27 November 2019

Khidmat Indra masih ditagih

MyMetroArena
 
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
KEHEBATAN bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin tidak disangkal apabila dijangka dikekalkan oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk musim depan.

Bakal menginjak 39 tahun, kelibat penyerang veteran kelahiran Ipoh Perak ini dalam skuad 'The Hawks' mampu menghadirkan gerun pertahanan lawan tambahan dengan reputasi pemain pertama meledak 100 gol dalam Liga Super musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa ketika dihubungi mengesahkan khidmat Indera Putra masih diperlukan dalam pasukan.

"Kontrak Indra Putra berakhir hujung bulan ini, tapi saya cadangkan kepada persatuan, elok kekalkan dia.

"Pada saya walaupun dia sudah berusia 38 tahun dari segi komitmen, corak permainan sama saja macam pemain muda.

"Musim depan pula kita beraksi di Liga Perdana yang mana persaingannya tidak sesengit Liga Super, jadi saya yakin dia mampu menyumbang kepada pasukan," katanya dihubungi Arena Metro.

Beliau berkata, Indera Putra juga bebas daripada kecederaan dan boleh membimbing pemain muda dalam pasukan.

"Memang perancangan kita untuk mengambil lebih ramai pemain muda musim depan. Oleh kerana kita beraksi di Liga Perdana ia sesuai untuk kita bangunkan pemain muda bagi membentuk pasukan yang mantap untuk naik ke Liga Super pada 2021," katanya.

Menurut Nokman lagi, kehadiran Indera Putra dalam pasukan juga penting bagi tujuan publisiti KLFA kerana popularitinya cukup hebat.

"Boleh kata semua majlis KLFA, ramai bertanya mengenai pemain kami khususnya Indera Putra.

"Mereka tanya bolehkan dia datang yang datang dan bukan pemain kebangsaan lain. Insya-Allah kalau boleh kita akan simpan (kekalkan) Indera Putra bersama pasukan," katanya.

Sementara itu, katanya Kuala Lumpur akan menyertai perlawanan persahabatan dengan UiTM FC dan sebuah kelab dari Australia pada 18 November ini.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 November 2019 @ 5:12 PM

No comments:

Post a Comment