BERNAMA | | 20 November 2019
Safawi meraikan jaringan gol kemenangan Malaysia dalam menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. - Foto: Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/58293/BERITA/Sukan/Ketiadaan-Safawi-dirasai-kata-Luqman-Hakim
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
KETIADAAN bintang sensasi Harimau
Malaya, Muhammad Safawi Rasid di dalam skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara ke
Sukan SEA 2019 di Filipina dirasai penyerang muda meningkat naik Luqman Hakim
Shamsuddin.
Luqman Hakim, 17, antara enam
pemain skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara yang dipanggil menyertai kem latihan
skuad B-22 kendalian ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee dalam usaha melakar
kejayaan membanggakan di Filipina.
Mengakui beraksi di pentas Sukan
SEA merupakan impiannya, Luqman Hakim turut menyimpan hasrat menimba
pengalaman, bermain bersama Muhammad Safawi selain seorang lagi pemain
kebangsaan, Muhammad Akhyar Abdul Rashid.
"Bermain untuk pasukan
negara di Sukan SEA adalah apa yang saya impikan selama ini. Edisi 2017 di
Kuala Lumpur, saya hanya menyaksikan sebagai seorang penonton dan sejak itu
saya berazam untuk berada di dalam skuad untuk edisi 2019.
"Saya juga selalu impikan
untuk beraksi bersama mereka berdua (Muhammad Safawi dan Muhammad Akhyar), jika
diberikan peluang oleh jurulatih," katanya ketika ditemui pemberita pada
sidang media Kejohanan Bola Sepak Junior Antarabangsa RSC-Datuk Chu Ah Nge,
Edisi ke-15 di sini hari ini.
Mengulas lanjut Luqman Hakim yang
menjadi pemain Malaysia pertama ditawarkan kontrak beraksi bersama kelab Liga
Profesional Belgium, KV Kortrijk berazam untuk membalas kepercayaan Kim Swee
sekiranya beliau tersenarai dalam senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA.
"Ia satu tugas yang berat
(jika terpilih) tetapi saya sedia memberikan segalanya jika terpilih. Soal
tekanan itu saya tidak mahu terlalu memikirkan, kerana saya hanya mahu berikan
yang terbaik di dalam latihan dan perlawanan," tambah beliau.
Kim Swee hari ini membuat kejutan
dengan tidak menamakan Muhammad Safawi, dalam senarai tujuh pemain skuad
Harimau Malaya yang dipanggil ke kem latihan pasukan B-22 negara.
Tujuh pemain dipanggil adalah
Muhammad Akhyar, Mohamed Syamer Kutty Abba, Muhammad Haziq Nadzli dan Adam Nor
Azlin (JDT); Danial Amier Norhisham (Felda United), Dominic Tan (Police Tero
FC) dan Muhammad Syahmi Safari dari Selangor.
Hanya 20 pemain daripada 32
senarai pemain terkini skuad B-22 negara, akan terbang ke Manila Sabtu ini, untuk
membawa cabaran negara sekali gus menebus kekecewaan gagal meraih pingat emas
pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, setelah tewas 0-1 kepada Thailand di pentas
final.
Sementara itu Kejohanan Bola
Sepak Junior Antarabangsa RSC-Datuk Chu Ah Nge Edisi ke-15 akan berlangsung
selama dua hari pada 30 November hingga 1 Disember di Royal Selangor Club
Sports Annexe, Bukit Kiara.
Sebanyak 81 pasukan melibatkan
1,000 pemain dari enam negara; Malaysia, Japan, Vietnam, Thailand, Indonesia
dan Maldives akan bersaing di setiap peringkat umur; B-8, B-10, B-12, B-14 dan
B-16 untuk merebut trofi kejuaraan Datuk Chu Ah Nge. - Bernama
SUMBERArtikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/58293/BERITA/Sukan/Ketiadaan-Safawi-dirasai-kata-Luqman-Hakim
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment