Ad

Wednesday 6 November 2019

Harimau Malaya jinakkan Maldives


ZURAIMEE ZAINAL | | 5 November 2019
 
Mohamadou Sumareh cuba melepasi halangan pemain Maldives pada aksi di Paroi malam ini. -Foto: FB FAM

HARIMAU Malaya mendapat tonik semangat menjelang aksi persahabatan menentang Tajikistan Sabtu ini apabila menewaskan Maldives 2-1 pada perlawanan latihan di Paroi, malam ini.


Pada aksi yang berlangsung secara tertutup di Stadium Tuanku Abdul Rahman itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe mendahului pada babak pertama menerusi Syahmi Safari seawal minit kelapan

Namun Maldives bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Ahmed Rizuvan pada minit ke-60 penghujung babak kedua.


Bersambung babak ketiga kedua-dua pasukan mula agresif mengasak kubu lawan sebelum pemain gantian, Baddrol Bakhtiar menoktahkan kemenangan negara selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72.

Untuk rekod Maldives pasukan ranking ke-154 dunia dibimbing Petar Segrt ketika ini sedang menjalani kem latihan pusat di Kuala Lumpur.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55831/BERITA/Sukan/Harimau-Malaya-jinakkan-Maldives
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment