ZURAIMEE
ZAINAL | | 6 November 2019
Infografik: FB
FAM
[DIKEMASKINI]
SKUAD Bawah 18 tahun negara meneruskan rentak cemerlang kempen Kelayakan
Kejuaraan Bawah 19 Tahun AFC 2020 apabila membenam cabaran Brunei 11-0 di
Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja sebentar tadi.
Penyerang
negara, Luqman Hakim tampil meledak empat gol bermula dengan penalti pada minit
ke-21', 22,’ 24’ dan 41’ diikuti hatrik Aiman Afif (39’ 85’ 90') dan dua
jaringan Azam Azmi (31’, 60').
Azrin Afiq
(17’) dan Harith Haiqal (59') tidak ketinggalan mencetak nama sebagai penjaring
untuk kemenangan kedua negara selepas menang tipis 5-4 ke atas tuan rumah
Kemboja pada Sabtu lalu.
Skuad kendalian
Brad Maloney yang mengumpul enam mata selepas dua perlawanan akan berdepan
Kepulauan Mariana Utara pada Jumaat sebelum melengkapkan jadual kumpulan G
menentang Thailand pada Ahad.
SUMBERArtikel
Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55987/BERITA/Sukan/Skuad-muda-negara-baham-Brunei
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment