SUKAN»Bola
Isnin, 11
November 2019 | 9:44pm
Jurulatih
skuad bola sepak Malaysia, Tan Cheng Hoe memantau anak buahnya pada sesi
latihan menjelang perlawanan menentang pasukan Thailand dan Indonesia dalam
kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2033 ketika
sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto Aizuddin Saad
Cheng Hoe
gugur Shahrel, Farhan, Nazirul
PETALING JAYA:
Penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi antara tiga pemain digugurkan
Tan Cheng Hoe menjelang aksi getir di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan
Thailand dan Indonesia dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023.
Senarai 23
pemain skuad kebangsaan itu diumumkan Cheng Hoe dalam satu kenyataan media
dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
Muhammad
Shahrel Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan Eki, 25, yang meledak hatrik
pertamanya bersama skuad kebangsaan ketika menewaskan Timor Leste 5-1 pada aksi
kedua ‘playoff’ kelayakan Jun lalu, digugurkan bersama pemain sayap Muhammad
Farhan Roslan dan Nazirul Naim Che Hashim (pertahanan).
Pengguguran
Muhammad Shahrel itu menyaksikan Cheng Hoe mempertaruhkan penyerang
berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha dan Muhammad Syafiq Ahmad dalam misi
meraih enam mata penuh dalam dua pertembungan pada 14 dan 19 November ini.
“Eki (Muhammad
Shahrel) mengalami kecederaan agak lama dan kita perlukan pemain yang mempunyai
tahap kecergasan 100 peratus. Jadi sebab itu beliau tidak disenaraikan dan
Nazirul pula kerana kita ada Syazwan (Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak) di
posisi itu.
Farhan
mempunyai potensi dan masa depan yang cerah bersama skuad kebangsaan tetapi
dalam masa singkat bukan mudah untuk dia sesuaikan diri dengan corak permainan
pasukan,” kata Cheng Hoe ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad
kebangsaan di Wisma FAM di sini, hari ini.
Malaysia kini
mengumpul tiga mata dan menduduki tempat keempat dalam Kumpulan G, dibezakan
empat mata dengan pendahulu Thailand yang berkongsi mata dengan Vietnam.
Malaysia
melakar kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Jakarta pada September lalu,
sebelum tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit
Jalil dan tumpas 0-1 di tangan Vietnam di Hanoi, bulan lepas.
Berikut adalah
senarai 23 pemain dipilih Cheng Hoe bagi dua aksi berdepan Thailand dan
Indonesia;
Penjaga gol:
Mohd Farizal Marlias; Muhammad Haziq Nadzli; Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
Pertahanan:
Adam Nor Azlin; Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak; La’vere Corbin-Ong; Matthew
Davies; Shahrul Mohd Saad; Muhammad Syahmi Safari; Dominic Tan Jun Jin
Tengah:
Mohamed Syamer Kutty Abba; Mohd Afiq Fazail; Muhamad Nor Azam Abdul Azih;
Brendan Gan; Baddrol Bakhtiar; Muhammad Danial Amier Norhisham; Mohd Azzizan
Nordin
Sayap:
Muhammad Safawi Rasid; Muhammad Akhyar Abdul Rashid; Muhammad Syazwan Andik
Mohd Ishak; Mohamadou Sumareh
Penyerang:
Muhammad Syafiq Ahmad; Norshahrul Idlan Talaha
-- BERNAMA
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Isnin, 11 November 2019 | 9:44pm
No comments:
Post a Comment