MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
JANGAN ulangi peristiwa di Gelora
Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Itu permintaan tonggak pertahanan Harimau
Malaya, Shahrul Saad yang mahu penyokong kedua-dua pasukan bertindak lebih
rasional dan tidak melakukan sebarang provokasi melampau.
Pemain berusia 26 tahun itu
berkata, kenangan pahit ketika bertandang ke Gelora Bung Karno pada perlawanan
pertama Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023,
memberi banyak pengajaran kepada pemain dan mengharapkan situasi berkenaan
tidak berulang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.
Menurutnya, penyokong kedua-dua
pasukan tidak perlu melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan masalah
hingga mengganggu rentak perlawanan.
Saya mengharapkan tiada provokasi
seumpama itu dan penyokong datang dan nikmati perlawanan esok (hari ini),”
katanya dalam sidang media praperlawanan Malaysia menentang Indonesia di SNBJ,
semalam.
Sementara itu, Shahrul berkata,
kunci kejayaan pasukan Malaysia adalah bahagian pertahanan yang semakin serasi
dan mempunyai persefahaman baik, sekali gus mampu mengekang setiap asakan
lawan.
Malah, Shahrul mahu perlawanan
menentang Indonesia hari ini menjadi antara aksi terbaik pasukan negara.
Sementara itu, jurulatih Harimau
Malaya, Tan Cheng Hoe turut mengingatkan penyokong Malaysia supaya tidak
‘membalas dendam’ dengan melakukan provokasi atau mencetuskan kekecohan hingga
mengganggu tempo perlawanan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 19 November 2019 @ 4:45 AM
No comments:
Post a Comment