Ad

Tuesday 12 November 2019

Monyet beli-belah dalam talian


TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 12 November 2019
 
Seekor monyet di China telah dirakam melakukan aktiviti membeli-belah dalam talian.
CHANGZHOU - Seekor monyet di China telah dirakam melakukan aktiviti membeli-belah dalam talian menggunakan telefon milik penjaganya.


Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu di Yancheng Wild Animal World di Changzhou, sebuah bandar di wilayah Jiangsu Timur China, menurut Jiangsu TV.

Penjaga yang dikenali sebagai Lv Mengmeng mendakwa, ketika kejadian itu, dia sedang memeriksa keperluan harian di laman e-dagang di telefon bimbitnya sebelum menyedari monyet itu lapar.

Ketika pergi mendapatkan makanan untuk haiwan tersebut, dia meninggalkan telefonnya, namun apabila kembali, dia menerima beberapa pengesahan tempahan untuk barangan yang tidak dibeli.


Dia kemudian menonton rakaman pengawasan untuk mengetahui apa yang berlaku dan mendapati monyet tersebut memegang telefon bimbit dan kelihatan menekan pada skrin.

Lv berkata, monyet itu dibesarkan olehnya dan sering melihat barang pembeliannya di internet berulang kali.

Dia mendakwa bahawa haiwan itu telah belajar cara membeli-belah dalam talian dengan memerhatikannya.

"Saya suka bermain di telefon dengan dia (monyet) berada di sebelah. Ia telah melihat saya meletakkan pesanan di Taobao (laman e-dagang China). - Agensi.


SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/56869/GLOBAL/Monyet-beli-belah-dalam-talian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment