Ad

Thursday, 7 November 2019

Maloney bengang dua kad merah

MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PENGENDALI Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) Negara, Brad Maloney ternyata agak tidak berpuas hati apabila dua anak buahnya dikenakan kad merah hingga menjejaskan rentak perlawanan menentang Kemboja pada Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh, malam kelmarin.

Namun, Brad berkata, keputusan itu harus diterima dan berpuas hati terhadap anak buahnya yang mampu mengawal keadaan seterusnya memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Katanya, dua layangan kad merah itu masing-masing membabitkan Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal sudah tentu menjejaskan percaturan dalam membentuk pasukan mantap pada perlawanan akan datang.

“Dua layangan kad merah itu bagaikan sesuatu yang buruk akan berlaku kerana ia jelas mengganggu rentak perlawanan apabila terpaksa bermain 10 pemain. Agak sukar menyekat serangan tuan rumah sekali gus mereka berjaya menjaringkan gol hingga hampir mengikat perlawanan kepada keputusan seri,” katanya, di sini.


Pada perlawanan bertemu Kemboja, skuad B-18 negara berjaya menundukkan tuan rumah dengan kemenangan 5-4. Namun, perlawanan terbabit dicemari insiden dua layangan kad merah diterima Ahmad Zikri dan Mukhairi hingga membuka lebih banyak ruang kepada lawan meledak jaringan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 10:30 PM

No comments:

Post a Comment