Ad

Sunday 10 November 2019

Gol Syahmi terbaik Piala AFF 2018


SUKAN»Bola
Sabtu, 9 November 2019 | 4:00pm
 
Syahmi Safari (kiri) ketika meraikan gol cantik jaringannya ketika menentang Thailand pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2018.
Gol Syahmi terbaik Piala AFF 2018
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Sekalipun tidak tercalon ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) namun jaringan pemain kebangsaan, Syahmi Safari tetap 'lekat' sebagai Gol Terbaik Piala AFF 2018.

Jaringan terbabit dihasilkan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2018 menentang Thailand jelas cukup menarik apabila pemain skuad kebangsaan bertukar beberapa hantaran daripada bawah sehinggalah disudahkan dengan rembatan kencang Syahmi untuk mengikat kedudukan 1-1.

Jaringan berkenaan tular di media sosial dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menghantar pencalonan bagi Anugerah Puskas FIFA namun sayangnya, ia gagal untuk disenaraikan dalam senarai 10 jaringan terbaik.

Tetapi sedikit mengubat duka jaringan Syahmi itu membolehkannya memenangi anugerah gol terbaik Piala AFF dan dibawa pulang Malaysia pada Malam Anugerah AFF 2019 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam semalam.

Anugerah terbabit disampaikan kepada Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Bukan setakat Gol Terbaik Piala AFF namun kejayaan skuad Harimau Malaya muncul naib juara turut menyaksikan tiga pemain kebangsaan disenaraikan dalam Kesebelasan Terbaik AFF.

Tiga pemain terbabit adalah Syahmi, pemain tengah, Syamer Kutty Abba dan penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha.

Sebagai rekod, Malam Anugerah AFF 2019 didominasi 'Raja Asia Tenggara' Vietnam selepas mereka memenangi tiga anugerah bola sepak menerusi Pasukan Terbaik, Jurulatih Terbaik yang menjadi milik Park Hang Seo serta Anugerah Pemain Terbaik, Nguyen Quang Hai.

Pemain muda Thailand, Suphanat Muenta membawa pulang Anugerah Pemain Muda Terbaik sementara Anugerah Ahli Gabungan Terbaik menjadi milik Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI).
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 9 November 2019 | 4:00pm

No comments:

Post a Comment