Ad

Saturday, 9 November 2019

Masih ada masa buat Wan Kuzain


MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 5 November 2019
 
Wan Kuzain
KEPUTUSAN sama ada Wan Kuzain Wan Kamal akan menyertai skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara beraksi pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina hanya akan diketahui minggu depan.


Pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau masih cuba menyelesaikan beberapa perkara dalam masa terdekat sebelum membawa pemain muda Sporting Kansas City itu kembali ke Malaysia.

"Kita masih mencari jalan terbaik untuk membawa pulang Wan Kuzain. Saya tahu Wan Kuzain mempunyai niat untuk bermain dengan kita.


"Saya akan selesaikan dengan segera beberapa perkara sebelum bawa dia pulang kerana tempoh masa sebelum bermulanya Sukan SEA sudah tidak lama.

"Saya akan buat keputusan sama ada pada awal minggu depan atau lewat minggu depan," katanya dalam sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Sebelum ini, Kim Swee mengakui beliau telah meletakkan nama Wan Kuzain dalam senarai yang akan dipanggil dalam sesi latihan awal skuad B-23 negara sebelum menghadapi Sukan SEA kali ini.

Namun, dalam senarai rasmi yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, nama Wan Kuzain tidak tersenarai sambil Kim Swee mengesahkan masih ada beberapa perkara yang belum diselesaikan sebelum pemain berusia 21 tahun itu melaporkan diri.

Menurut Kim Swee, 'pintu' buat Wan Kuzain menyertai skuad B-23 negara masih terbuka dan beliau tidak panik sekiranya pemain yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat itu gagal tiba dalam masa terdekat.

"Saya ada dua hari sebelum sepak mula Sukan SEA 2019 yang mana saya boleh mendaftarkan pemain daripada senarai 40 pemain. Jadi, tiada masalah untuk Wan Kuzain datang lewat sikit," jelasnya.

Temasya Sukan SEA 2019 yang memasuki edisi ke-30 tahun ini bakal berlangsung dari 30 November hingga 11 Disember depan.


SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55807/BERITA/Sukan/Masih-ada-masa-buat-Wan-Kuzain
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


No comments:

Post a Comment